Perumpamaan seorang mukmin itu adalah seperti penjual minyak wangi

TEKS BAHASA ARAB

مثل المؤمن؛ كمثل العطار؛ إن جالسته نفعك، وإن ماشيته نفعك، وإن شاركته نفعك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perumpamaan seorang mukmin itu adalah seperti penjual minyak wangi. Sekiranya kamu duduk dengannya, dia akan memberi manfaat kepada kamu. Sekiranya kamu berjalan dengannya, dia akan memberi manfaat kepada kamu. Dan sekiranya kamu menyertainya, dia akan memberi manfaat kepada kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 86, hadis nombor 428. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعاً: مثل المؤمن؛ كمثل العطار؛ إن جالسته نفعك، وإن ماشيته نفعك، وإن شاركته نفعك.
[طب، الرامهرمزي، ((الضعيفة)) (4502)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perumpamaan seorang mukmin itu adalah seperti penjual minyak wangi. Sekiranya kamu duduk dengannya, dia akan memberi manfaat kepada kamu. Sekiranya kamu berjalan dengannya, dia akan memberi manfaat kepada kamu. Dan sekiranya kamu menyertainya, dia akan memberi manfaat kepada kamu.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Rāmahurmuzi dalam al-Amtsāl. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4502]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs