Sesiapa yang berusaha dengan hasil yang baik, beramal menurut sunnah dan orang lain aman daripada kejahatannya, maka dia pasti masuk syurga

TEKS BAHASA ARAB

من كسب طيبا وعمل في سنة وأمن الناس بوائقه دخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berusaha dengan hasil yang baik, beramal menurut sunnah dan orang lain aman daripada kejahatannya, maka dia pasti masuk syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 72, hadis nombor 55. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه الترمذي (2520) وهناد في الزهد (1136) وابن أبي الدنيا في الصمت (ج 1/ ق 5/ 1-2) والحاكم (4/ 104) من طريق إسرائيل بن يونس عن هلال عن أبي بشر عن أبي وائل عن أبي سعيد الخدري مرفوعا به. قال ابن الجوزى في الواهيات (2/ 749) روى أحمد عن قبيصة فذكر الحديث ثم قال: قال أحمد: ما سمعت بأنكر من هذا الحديث. لا أعرف هلال بن مقلاص، ولا أبا بشر. وأنكر الحديث إنكارا شديدا أ. هـ‍.
قلت: أما هلال بن مقلاص بن الوزان فهو ثقة الوزان فهو ثقة معروف. أخرج له البخاري ومسلم، ووثقه ابن معين والنسائي وابن حبان. وقال أبو داود: لا بأس به. أما أبو بشر، فهو مجهول فقول الحاكم: صحيح الإسناد وموافقة الذهبي له من العجائب! وقال الترمذي: حديث غريب وسألت محمدا بن إسماعيل عن هذا الحديث فلم يعرفه إلا من حديث إسرائيل، ولم يعرف اسم أبي بشر. قلت: فلعل الحاكم ظن أن أبا بشر هو جعفر بن إياس فصححه لذلك، وهو غيره بلا شك كما تقدم. والله أعلم.

Munkar. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi (2520), Hannad dalam al-Zuhud (1136), Ibn Abi al-Dunya dalam al-Sumt (juz 1/hlm. 5/1-2) dan al-Hakim (4/104) melalui sanad Isra’il bin Yunus daripada Hilal daripada Abu Bashar daripada Abu Wail daripada Abu Sa’id al-Khudri secara marfu’ dengan hadith tersebut. Ibn al-Jawzi berkata dalam al-Wahiyat (2/749): “Ahmad telah meriwayatkan daripada Qabisah…”, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Kemudian beliau berkata: “Ahmad berkata: ‘Tidak pernah aku dengar hadith yang lebih munkar berbanding hadith ini, Aku tidak mengenali Hilal bin Miqlas dan juga Abu Bashar’, Ahmad menilai hadith tersebut sangat munkar”.
Saya berkata: Adapun Hilal bin Miqlas al-Wazzan, beliau seorang yang Thiqah lagi terkenal. Al-Bukhari dan Muslim telah mengeluarkan hadith beliau dan Ibn Ma’in, al-Nasa’ei, serta Ibn Hibban menilai beliau sebagai thiqah. Abu Daud berkata: “Beliau tidak bermasalah”. Manakala, Abu Bashar pula, beliau seorang yang majhul. Kata-kata al-Hakim: “Sanadnya sahih” dan dipersetujui oleh al-Zahabi adalah termasuk perkara yang pelik! Al-Tirmizi berkata: “Hadith gharib….”. Kemudian beliau berkata: “Aku telah bertanya Muhammad bin Isma’il tentang hadith ini, beliau tidak mengetahui hadith ini melainkan melalui hadith Isra’il dan beliau tidak mengetahui nama Abu Bashar”. Saya katakan: “Berkemungkinan al-Hakim menyangka bahawa Abu Bashar adalah Ja’far bin Iyyas, lalu beliau pun menilai sahih disebabkan itu. Abu Bashar bukanlah Ja’far tanpa diragukan lagi sebagaimana telah disebutkan”. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.