Apabila kamu hendak menunaikan solat, maka angkatlah labuhan kainmu

TEKS BAHASA ARAB

إذا صليتم. فارفعوا سبلكم. فكل شئ أصاب الأرض من سبلكم ففي النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu solat, maka angkatlah labuhan kainmu, kerana setiap labuhan kainmu yang menyentuh lantai, maka tempatnya dalam neraka.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 70, hadis nombor 53. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جداً.
أخرجه ابن حبان في المجروحين (2/ 118) معلقاً، ووصله البخاري في الكبير (3/ 2/ 402) والطبراني في المعجم الكبير (ج 11/ رقم 11677) ، والعقيلي في ((الضعفاء)) (ق 171/ 2) وابن عدي في الكامل (1891/ 5) من طريق أبي نعيم، عن عيسى بن قرطاس، عن عكرمة، عن ابن عباس مرفوعاً فذكره.
قلت: وهذا سند واه. وابن قرطاس تركه النسائي وغيره؛ بل كذبه الساجي وقال ابن معين: لا يحل لأحد أن يروى عنهُ. قالَ العقيلي: وقدْ روى في كراهية السبل، أحاديث من غير هذا الوجه صالحة الأسانيد. أ. هـ‍. أما إسبال الإزار فإنه لا يجوز للمسلم فعله، وقد صح عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم النهى عن ذلك في غير ما حدث، كما أشار العقيلي. فمن ذلك:
عن أبي هريرة مرفوعاً: ما أسفل الكعبين من الإزار، ففي النار. أخرجه البخاري (10/ 256- فتح) والنسائي (8/ 207) وأحمد (2/ 410، 461) وأبو نعيم في الحلية (7/ 192) والخطيب (9/ 385) والبغوي في شرح السنة (12/ 12).
عن أبي جرى، جابر بن سليم أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال له: وارفع إزارك إلى نصف الساق، فإن أبيت، قال الكعبين. وإياك وإسبال الإزار، فإنها من المخيلة أخرجه أبو داود (4084) والترمذي (2722) وأحمد (5/ 63، 64) ، وابن حبان (1450) والطحاوي في المشكل (4/ 324) ، والبيهقي (10/ 236) ، والبغوي (13/ 82- 84) بسند صحيح.
عن المغيرة بن شعبة قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم آخذ بحجزه سفيان ابن أبي سهل، فقال: يا سفيان لا تسبل إزارك، فإن الله لا يحب المسبلين. أخرجه ابن ماجة (3574) وابن حبان (1449) وأحمد (4/246، 250) من طريق شريك، عن عبد الملك بن عمير عن حصين بن قبيصة عن المغيرة به. وسنده حسن في الشواهد. أما البوصيري رحمه الله، فصححه كما في الزوائد.

Dha’if Jiddan (Sangat lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn Hibban dalam al-Majruhin (2/118) scara mu’allaq, dan telah diriwayatkan secara bersambung sanadnya oleh al-Bukhari dalam al-Kabir (3/2/402), al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (juz 11/ hadith : 11677), al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (hlm. 17/2) dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (5/1891) melalui sanad Abu Nu’aim daripada ‘Isa bin Qirtas secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkan hadith itu.
Saya berkata: Sanadnya Wahin (Terlalu Dha’if). Ibn Qirtas telah ditinggalkan oleh al-Nasaie dan lain-lain, bahkan al-Saji menilai beliau sebagai pendusta. Ibn Ma’in berkata: "Tidak halal bagi sesiapa pun meriwayatkan daripada beliau". Al-‘Uqaili berkata: "Beliau telah meriwayatkan hadith tentang larangan melabuhkan pakaian. Hadith-hadith melalui selain sanad ini adalah baik sanad-sanadnya".
Adapun berkenaan melabuhkan kain, maka tidak harus seseorang Muslim melakukannya. Sahih daripada Nabi SAW tentangnya tidak hanya pada satu hadith sebagaimana diisyaratkan oleh al-‘Uqaili, antaranya:
1-Daripada Abu Hurairah secara marfu’: "Mana-mana kain yang labuh melebih kedua buku lali, maka tempatnya dalam neraka". Ianya telah dikeluaran oleh al-Bukhari (10/256 – Fath), al-Nasa’ei (8/207), Ahmad (2/410, 461), Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (7/192), al-Khatib (9/385), dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (12/12).
2-Daripada Abu Jurai, Jabir bin Salim bahawa Nabi SAW pernah bersabda kepada beliau: "Angkatlah kainkamu hingga separuh betis, sekiranya kamu enggan, maka hingga kedua buku lali. Waspadalah kamu terhadap melabuhkan kain, kerana ianya termasuk dalam kesombongan". Ianya telah dikeluarkan oleh Abu Daud (4084), al-Tirmizi (2722), Ahmad (5/63, 64), Ibn Hibban (1450), al-Tahawi dalam al-Mushkil (4/324), al-Baihaqi (10/236) dan al-Baghawi (13/83-84) dengan sanad yang sahih.
3-Daripada al-Mughirah bin Syu’bah, katanya: Aku pernah melihat Rasulullah SAW memegang tempat tali pinggang Sufyan Ibn Abi Sahl, lalu Baginda SAW bersabda: "Wahai Sufyan! Jangan melabuhkan kainmu (ke bawah buku lali), kerana Allah tidak menyukai orang-orang yang melabuhkan kain". Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Majjah (3574), Ibn Hibban (1449) dan Ahmad (4/246, 250) melalui sanad Syarik daripada ‘Abd al-Malik Ibn ‘Umair daripada Husain bin Qabisah daripada al-Mughirah dengan sanadnya. Sanadnya hasan kerana ada sokongan-sokongan. Al-Busairi RH pula telah menilainya sebagai sahih sebagaimana dalam al-Zawaid.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.