TEKS BAHASA ARAB
طوبى لمن تواضع من غير منقصة، وذل في نفسه من غير مسكنة، وأنفق مالا جمعه من غير معصية، ورحم المساكين أهل المسكنة وخالط أهل الفقه والحكمة وطوبى لمن ذل في نفسه وطاب كسبه وأصلح سريرته وعزل عن الناس شره طوبى لمن عمل بعلمه وأنفق الفضل من ماله وأمسك الفضل من قوله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Beruntunglah sesiapa yang tawaduk tanpa mengurangkan (harga diri), merendahkan dirinya tanpa menjadi orang yang hina, membelanjakan harta yang dia kumpulkan bukan dengan cara maksiat, menyayangi orang-orang miskin yang dihinakan, bergaul dengan ahli fiqh dan ahli hikmah. Juga beruntunglah sesiapa yang merendahkan dirinya, baik hasil usahanya, elok rahsianya dan menjauhi keburukan manusia lain. Beruntunglah sesiapa yang beramal dengan ilmunya, membelanjakan lebihan hartanya dan menahan lebihan kata-katanya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 72, hadis nombor 56. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ضعيف.
أخرجه البخاري في التاريخ (2/ 1/ 338- 339) وابن أبي الدنيا في الصمت (ج 1/ ق 6/ 2، /ق 9/ 1) والطبراني في الكبير (ج 5/ رقم 4615، 4616) ، والبيهقي (4/ 182) والقضاعي في مسند الشهاب (615) وأبو عبد الرحمن السلمي في طبقات الصوفية (391- 392) والبغوي والبارودي وابن شاهين كما في الإصابة (2/ 498) وابن الأثير في أسد الغابة (2/ 189) من طريق عن نصيح العنسي، عن ركب المصري مرفوعا: طوبى لمن تواضع في غير منقصة وذل في نفسه من غير مسكنة فذكره. قال ابن عبد البر في الاستيعاب (2/ 508) : حديث حسن. فقال الحافظ في الإصابة (2/ 498) : إسناد حديثه ضعيف. مراد ابن عبد البر أنه حسن لفظه.
قلت: وقد اختلفوا في صحبة ركب المصري. فممن أثبت له الصحبة عباس الدوري. وقال ابن عبد البر: هو كندي، له حديث واحد عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم، وليس بمشهور في الصحابة، وقد أجمعوا على ذكره فيهم)) أ. هـ. قلت: أما إجماع فلا، فإن الأكثرين على نفي صحبته وممن نفاها: ابن مندة، وقال: هو مجهول، لا تعرف له صحبة. ابن حبان في الثقات (3/ 130) وقال: لا يقال: إن له صحبة، إلا أن إسناده ليس مما يعتمد عليه. البغوي: وقال لا أدري أسمع من النبي صلى الله عليه وآله وسلم أم لا؟ وفي فيض القدير (4/ 278) للمناوي قال: قال الذهبي في المهذب : ركب يجهل، ولم يصح له صحبة، ونصيح ضعيف. وقال المنذري. رواته إلى نصيح ثقات وأقرهم العراقي. أ. هـ في المغني (3/114) . وله شاهد من حديث أنس رضي الله عنه.
Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam al-Tarikh (2/1/338-339), Ibn Abi al-Dunya dalam al-Sumt (juz 1/hlm. 6/2, hlm.9/1), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 5/hadith : 4615, 4616), al-Baihaqi (4/182), al-Qadha’ei dalam Musnad al-Shihab (615), Abu ‘Abd al-Rahman al-Sulami dalam Tabaqat al-Sufiyyah (391-392), al-Baghawi, al-Barudi, Ibn Shahin – sebagaimana dalam al-Isabah (2/498), dan Ibn al-Athir dalam Usd al-Ghabah (2/189) melalui sanad Nasih al-‘Ansi daripada Rakb al-Misri secara marfu’: "Beruntunglah sesiapa yang tawadu’ tanpa mengurangkan (harga dirinya) dan merendahkan diri tanpa menjadi hina", lalu beliau menyebutkannya. Ibn ‘Abd al-Bar berkata dalam al-Isti’ab (2/508): "Hadith hasan", al-Hafiz pula berkata dalam al-Isabah (2/498): "Sanad hadithnya dha’if, maksud Ibn ‘Abd al-Bar adalah lafaznya yang hasan".
Saya berkata: Berlaku perbezaan pendapat tentang status sahabat Rakb al-Misri. ‘Abbas al-Dawri antara yang menetapkan status sahabat kepada Rakb. Ibn ‘Abd al-Bar berkata: "(Nisbah) beliau adalah KIndi. Beliau hanya mempunyai satu sahaja hadith daripada Nabi SAW, beliau tidak terkenal sebagai sahabat. Namun, mereka sepakat menyebutkan Rakb dalam kalangan sahabat".
Saya berkata: Berkenaan kesepakatan tersebut, sebenarnya tidak, kerana majoriti pengkaji menafikan statusnya sebagai sahabat, antaranya:
Ibn Mandah, katanya: "Beliau seorang yang Majhul, tidak diketahui berstatus sahabah".
Ibn Hibban berkata dalam al-Thiqat (3/130): "Tidak boleh dikatakan bahawa beliau berstatus sahabat, kerana sanadnya tidak boleh dipegang".
Al-Baghawi berkata: "Saya tidak tahu samada dia pernah mendengar daripada Nabi SAW ataupun tidak".
Juga dalam Faidh al-Qadir (4/278) oleh al-Munawi, beliau berkata: "al-Zahabi berkata dalam al-Muhazzab: ‘Rakb tidak diketahui, beliau juga tidak sahih berstatus sahabat. Manakala, Nasih pula seorang yang dha’if’, al-Munziri pula berkata: ‘Perawi-perawinya hingga kepada Nasi adalah perawi-perawi thiqah’, al-‘Iraqi menyetujuinya". Al-Mughni (3/114). Hadith tersebut mempunyai sokongan melalui hadith Anas RA.
RUJUKAN
Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.