Sesiapa yang berpuasa satu hari daripada bulan Rejab dan solat padanya empat rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صام يوما من رجب وصلى فيه أربع ركعات يقرأ في أول ركعة مائة مرة آية الكرسي وفي الثانية مائة مرة قل هو الله أحد لم يمت حتى يرى مقعده من الجنة أو يرى له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadis Ibn ‘Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berpuasa satu hari daripada bulan Rejab dan solat padanya empat rakaat, yang dibaca pada awal rakaat seratus kali ayat al-Kursi, dan pada rakaat kedua sebanyak seratus kali surah al-Ikhlas, maka dia tidak akan mati sehingga dia melihat tempatnya di syurga atau diperlihatkan kepadanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 90. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ ابْنِ عَبَّاسٍ مَرْفُوعًا مَنْ صَامَ يَوْمًا مِنْ رَجَبٍ وَصَلَّى فِيهِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ يَقْرَأُ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ مِائَةَ مَرَّةٍ آيَةَ الْكُرْسِيِّ وَفِي الثَّانِيَةِ مِائَةَ مَرَّةً قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ لَمْ يَمُتْ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ أَوْ يُرَى لَهُ.
أَخْرَجَهُ ابْنُ الْجَوْزِيِّ بِسَنَدِهِ وَقَالَ مَوْضُوعٌ أَكْثَرُ رُوَاتِهِ مَجَاهِيلٌ وَعُثْمَانُ أَيِ ابْنِ عَطَاءٍ أَحَدُ رُوَاتِهِ مَتْرُوك انْتهى وَوَافَقَهُ الْحَافِظُ ابْنُ حَجَرٍ فِي تَبْيِينِ الْعجب والسيوطي وَابْن عراق وَغَيرهم.

حَدِيثُ ابْنِ عَبَّاسٍ مَرْفُوعًا مَنْ صَامَ يَوْمًا مِنْ رَجَبٍ وَصَلَّى فِيهِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ يَقْرَأُ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ مِائَةَ مَرَّةٍ آيَةَ الْكُرْسِيِّ وَفِي الثَّانِيَةِ مِائَةَ مَرَّةً قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ لَمْ يَمُتْ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ أَوْ يُرَى لَهُ.
Hadis Ibn ‘Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berpuasa satu hari daripada bulan Rejab dan solat padanya empat rakaat, yang dibaca pada awal rakaat seratus kali ayat al-kursi, dan pada rakaat kedua sebanyak seratus kali surah al-Ikhlas, maka dia tidak akan mati sehingga dia melihat tempatnya di syurga atau diperlihatkan kepadanya.
Ibn al-Jauzi telah mengeluarkannya dengan sanadnya dan menilainya palsu, kebanyakan perawinya majhul (tidak dikenali) dan Uthman, iaitu Ibn ‘Ata salah satu daripada perawinya adalah matruk (terlalu daif), selesai. Al-Hafiz Ibn Hajar menyetujuinya di dalam kitab Tabyin al-’Ajab. Ini juga telah dipersetujui oleh al-Suyuti, Ibn Iraq dan yang selain daripada mereka.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs