Sesiapa yang mendirikan solat pada hari Asyura di antara zuhur dan asar

TEKS BAHASA ARAB

من صلى يوم عاشوراء ما بين الظهر والعصر أربعين ركعة يقرأ في كل ركعة بفاتحة الكتاب مرة وآية الكرسي عشر مرات وقل هو الله أحد إحدى عشرة مرة والمعوذتين خمس مرات فإذا سلم استغفر سبعين مرة أعطاه الله في الفردوس قبة بيضاء فيها بيت من زمردة خضراء سعة ذلك البيت مثل الدنيا ثلاث مرات وفي ذلك البيت سرير من نور قوائم السرير من العنبر الأشهب على ذلك السرير ألف فراش من الزعفران.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mendirikan solat pada hari Asyura di antara zuhur dan asar sebanyak 40 rakaat yang dibaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah satu kali, ayat al-Kursi sebanyak sepuluh kali, surah al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali, Mu’awwizatain (al-Falaq & al-Nas) sebanyak lima kali, dan apabila dia memberi salam dia meminta ampun sebanyak 70 kali, Allah akan memberinya di syurga Firdaus sebuah kubah putih di dalamnya terdapat sebuah rumah daripada batu Zamrud yang hijau, luasnya rumah itu seumpama dunia sebanyak tiga kali ganda. Di dalam rumah itu pula terdapat katil yang diperbuat daripada cahaya dan tiangnya daripada sejenis wangian anbar (amber). Di atas katil itu pula terdapat satu ribu tilam daripada za’faran.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 90. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى يَوْمَ عَاشُورَاءِ مَا بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ أَرْبَعِينَ رَكْعَةً يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ مَرَّةً وَآيَةِ الْكُرْسِيِّ عشر مَرَّات وَقل هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ إِحْدَى عَشْرَةَ مَرَّةً وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ خَمْسَ مَرَّاتٍ فَإِذَا سَلَّمَ اسْتَغْفَرَ سَبْعِينَ مَرَّةً أَعْطَاهُ اللَّهُ فِي الْفِرْدَوْسِ قُبَّةً بَيْضَاءَ فِيهَا بَيْتٌ مِنْ زُمُرُّدَةٍ خَضْرَاءَ سِعَةُ ذَلِكَ الْبَيْتِ مِثْلُ الدُّنْيَا ثَلاثَ مَرَّاتٍ وَفِي ذَلِكَ الْبَيْتِ سَرِيرٌ مِنْ نُورٍ قَوَائِمُ السَّرِيرَ من العنبر الْأَشْهب عَلَى ذَلِكَ السَّرِيرِ أَلْفُ فِرَاشٍ مِنَ الزَّعْفَرَانِ.
أَخْرَجَهُ ابْنُ الْجَوْزِيِّ بِسَنَدِهِ وَقَالَ ذَكَرَ حَدِيثًا طَوِيلا مِنْ هَذَا الْجَنْسِ وَهُوَ مَوْضُوعٌ وَرِوَاتُهُ مَجَاهِيلُ انْتَهَى وَأَقَرَّهُ عَلَيْهِ السُّيُوطِيُّ وَقَالَ ابْنُ عِرَاقٍ فِي تَنْزِيهِ الشَّرِيعَةِ أَخْرَجَهُ الْجَوْزَقَانِيُّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ وَهُوَ أَطْوَلُ مِنْ هَذَا وَكُلُّهُ مِنْ هَذَا الْجِنْس وَرُوَاته مَجَاهِيل انْتهى.

مَنْ صَلَّى يَوْمَ عَاشُورَاءِ مَا بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ أَرْبَعِينَ رَكْعَةً يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ مَرَّةً وَآيَةِ الْكُرْسِيِّ عشر مَرَّات وَقل هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ إِحْدَى عَشْرَةَ مَرَّةً وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ خَمْسَ مَرَّاتٍ فَإِذَا سَلَّمَ اسْتَغْفَرَ سَبْعِينَ مَرَّةً أَعْطَاهُ اللَّهُ فِي الْفِرْدَوْسِ قُبَّةً بَيْضَاءَ فِيهَا بَيْتٌ مِنْ زُمُرُّدَةٍ خَضْرَاءَ سِعَةُ ذَلِكَ الْبَيْتِ مِثْلُ الدُّنْيَا ثَلاثَ مَرَّاتٍ وَفِي ذَلِكَ الْبَيْتِ سَرِيرٌ مِنْ نُورٍ قَوَائِمُ السَّرِيرَ من العنبر الْأَشْهب عَلَى ذَلِكَ السَّرِيرِ أَلْفُ فِرَاشٍ مِنَ الزَّعْفَرَانِ.
Hadis Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mendirikan solat pada hari Asyura di antara zuhur dan asar sebanyak 40 rakaat yang dibaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah satu kali, ayat al-Kursi sebanyak sepuluh kali, surah al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali, Mu’awwizatain (al-Falaq & al-Nas) sebanyak lima kali, dan apabila dia memberi salam dia meminta ampun sebanyak 70 kali, Allah akan memberinya di syurga Firdaus sebuah kubah putih di dalamnya terdapat sebuah rumah daripada batu Zamrud yang hijau, luasnya rumah itu seumpama dunia sebanyak tiga kali ganda. Di dalam rumah itu pula terdapat katil yang diperbuat daripada cahaya dan tiangnya daripada sejenis wangian anbar (amber). Di atas katil itu pula terdapat satu ribu tilam daripada za’faran.
Ibn al-Jauzi telah mengeluarkan hadis ini melalui sanadnya dan berkata bahawa telah disebut sebuah hadis yang panjang seperti ini dan ia adalah palsu serta perawi-perawinya majhul (tidak dikenali), selesai. Al-Suyuthi telah menyetujuinya dan Ibn ‘Iraq juga berkata sedemikian di dalam kitab Tanzih al-Shari’ah. Al-Jawzaqaniy telah mengeluarkannya daripada hadis Abu Hurairah dan ia lebih panjang daripada hadis ini dan setiap hadis daripada jenis ini serta perawi-perawinya adalah majhul (tidak dikenali), selesai.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs