Sesiapa yang mendirikan solat maghrib pada malam pertama bulan Rejab

TEKS BAHASA ARAB

من صلى المغرب أول ليلة من رجب ثم صلى بعدها عشرين ركعة بفاتحة الكتاب وقل هو الله أحد ويسلم فيهن عشر تسلمات أتدرون ما ثوابه فإن الروح الأمين علمني بذلك قلنا الله ورسوله أعلم قال حفظه الله في نفسه وأهله وماله وولده وأجير من عذاب القبر وجاز على الصراط كالبرق بغير حساب ولا عذاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mendirikan solat maghrib pada malam pertama bulan Rejab kemudian selepasnya dia mendirikan 20 rakaat dengan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas dan memberi salam sebanyak sepuluh kali salam, adakah kamu semua tahu apakah ganjarannya yang Jibril telah memberitahuku, kami berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih tahu. Dia berkata: Allah akan memelihara dirinya, keluarganya, hartanya, dan anak-anaknya, dan melepaskannya dari azab kubur, dan dia akan melepasi atas titian sirat seperti kilat tanpa hisab dan azab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 89. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ مَنْ صَلَّى الْمَغْرِبَ أَوَّلَ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ ثُمَّ صَلَّى بعْدهَا عشْرين رَكْعَة بِفَاتِحَة الْكِتَابِ وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَيسلم فِيهِنَّ عشر تسلمات أَتَدْرُونَ مَا ثَوَابَهُ فَإِنَّ الرُّوحَ الأَمِينَ عَلَّمَنِي بِذَلِكَ قُلْنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ حَفَظَهُ اللَّهُ فِي نَفْسِهِ وَأَهْلِهِ وَمَالِهِ وَوَلَدِهِ وَأُجِيرَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَجَازَ عَلَى الصِّرَاطِ كَالْبَرْقِ بِغَيْرِ حِسَابٍ وَلا عَذَابٍ.
أَخْرَجَهُ الْجَوْزَقَانِيُّ بِسَنَدِهِ عَنْ أَنَسٍ مَرْفُوعًا وَأَخْرَجَهُ ابْنُ الْجَوْزِيّمِنْ طَرِيقِهِ وَحَكَمَ بِوَضْعِهِ وَقَالَ أَكْثَرُ رِوَاتِهِ مَجَاهِيلُ انْتَهَى وَأَقَرَّهُ عَلَيْهِ السُّيُوطِيُّ وَابْنُ عِرَاقٍ وَغَيْرُهُمَا.

Hadis:
مَنْ صَلَّى الْمَغْرِبَ أَوَّلَ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ ثُمَّ صَلَّى بعْدهَا عشْرين رَكْعَة بِفَاتِحَة الْكِتَابِ وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَيسلم فِيهِنَّ عشر تسلمات أَتَدْرُونَ مَا ثَوَابَهُ؟ فَإِنَّ الرُّوحَ الأَمِينَ عَلَّمَنِي بِذَلِكَ، قُلْنَا: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: حَفَظَهُ اللَّهُ فِي نَفْسِهِ وَأَهْلِهِ وَمَالِهِ وَوَلَدِهِ وَأُجِيرَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَجَازَ عَلَى الصِّرَاطِ كَالْبَرْقِ بِغَيْرِ حِسَابٍ وَلا عَذَابٍ.
Sesiapa yang mendirikan solat maghrib pada malam pertama bulan Rejab kemudian selepasnya dia mendirikan 20 rakaat dengan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas dan memberi salam sebanyak sepuluh kali salam, adakah kamu semua tahu apakah ganjarannya yang Jibril telah memberitahuku, kami berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih tahu. Dia berkata: Allah akan memelihara dirinya, keluarganya, hartanya, dan anak-anaknya, dan melepaskannya dari azab kubur, dan dia akan melepasi atas titian sirat seperti kilat tanpa hisab dan azab.
Al-Jawzaqani telah mengeluarkannya dengan sanadnya daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan Ibn al-Jauzi telah mengeluarkannya daripada jalurnya dan menilainya palsu serta berkata bahawa kebanyakan perawinya majhul (tidak dikenali), selesai. Ini telah dipersetujui oleh al-Suyuthi, Ibn Iraq dan yang selain daripada mereka.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.