TEKS BAHASA ARAB
حديث: في الركاز العشر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Harta yang tertanam (galian) itu maka zakatnya satu per sepuluh.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 60, hadis nombor 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن حبان عن ابن عمر مرفوعا وقال: باطل وفي إسناده: عبد الله ابن نافع متروك وتابعه يزيد بن عياض عن نافع وهو متروك أيضا.
Ibn Hibban meriwayatkan daripada Ibn Umar secara marfu’ (diangkat kepada nabi SAW) dan dia berkata: Batil, pada sanadnya terdapat perawi bernama Abdullah Ibn Nafi’ yang dihukumkan sebagai matruk (terlalu lemah), Yazid bin ‘Iyad daripada Nafi’ menyokong Abdullah bin Nafi’ namun beliau juga dihukumkan dengan matruk.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.