Sesiapa yang bercakap pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah,maka dia ibarat keldai

TEKS BAHASA ARAB

من تكلم يوم الجمعة والإمام يخطب فهو كالحمار يحمل أسفارا والذي يقول له أنصت ليس له جمعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bercakap pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, maka dia ibarat keldai yang sedang memikul buku-buku. Dan orang-orang yang dikatakan kepadanya ‘diam’, maka tidak ada Jumaat baginya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 61, hadis nombor 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أحمد (1/ 230) والبزار (1/ 309) والطبراني في الكبير (12563/ 12/90) وابن الحوزى في الواهيات (1/ 463) من طريق عبد الله بن نمير، ثنا مجالد، عن الشعبي، عن ابن عباس فذكره مرفوعا قال البزار: لا نعلمه بهذا اللفظ إلا بهذا الإسناد، تفرد به ابن نمير عن مجالد. قلت: ابن نمير ثقة، ولكن الآفة من مجالد بن سعيد. قال الهيثمي في المجمع (2/ 184) : فيه مجالد بن سعيد وقد ضعفه الناس، ووثقه النسائي في رواية.. فأعتز بهذا الشيخ المحدث أبو الأشبال رحمه الله تعالى، فصرح في شرح المسند (2033) أن إسناده حسن. والواقع أن مجالد بن سعيد ضعيف وللنسائي رواية أخرى في تضعيفه وهي تتفق مع رأي بقية الأئمة أنه لا يحتج به إذا انفرد، وما علمت أحدا تابعه على هذا اللفظ. والله أعلم.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah diriwayatakan oleh Ahmad (1/230), al-Bazzar (1/309), al-Tabarani dalam al-Kabir (12563/12/90), dan Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (1/463) melalui sanad Abd Allah bin Numair, katanya Mujalid telah menceritakan kepada kami daripada al-Sha’bi daripada Ibn ‘Abbas. Lalu beliau pun menyebutkannya secara marfu’. Al-Bazzar berkata: "Tidak kami ketahui dengan lafaz ini melainkan melalui sanad ini. Ibn Numair bersendirian meriwayatkannya daripada Mujalid". Saya berkata: Ibn Numair seorang yang Thiqah, namun kelemahannya berpunca daripada Mujalid bin Sa’id. Al-Haythami berkata dalam al-Majma’ (2/184): "…dalam sanadnya terdapat Mujalid bin Sa’id, orang ramai menilai beliau sebagai dha’if. Al-Nasa’ei dalam satu riwayat telah menilai beliau sebagai Thiqah".
Al-Syeikh al-Muhaddith Abu al-Ashba r.h terpedaya dengan kenyataan ini, lalu beliau sebutkan secara jelas dalam Shar al-Musnad (2033) bahawa: "Sanadnya hasan". Sedangkan realitinya Mujalid bin Sa’id seorang yang dha’if. Al-Nasa’ei ada dalam riwayat lain bahawa beliau menilainya sebagai lemah. Ianya selari dengan penilaian para Imam yang lain bahawa beliau (Mujalid) tidak boleh dijadikan hujjah jika beliau bersendirian meriwayatkan hadith. Saya tidak mengetahui adanya perawi lain yang menyokong riwayat beliau dengan lafaz seperti ini. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.