Orang pertama yang akan dipakaikan pakaian cantik di Akhirat setelah para Nabi adalah Bilal

TEKS BAHASA ARAB

أول من يكسى بعد النبيين والشهداء بلال وصالحوا المؤمنين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang pertama yang akan dipakaikan pakaian cantik (di Akhirat) setelah para Nabi, para syuhada’ adalah Bilal dan orang-orang mukmin yang soleh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 59, hadis nombor 34. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
أخرجه ابن أبي عاصم في الأوائل (ق 19/ 2) قال: حدثنا محمد بن مرزوق، ثنا عبد العزيز بن الخطاب ثنا محمد بن الفضل بن عطية الخراساني، عن أبيه، عن عبد الله بن بريدة، عن أبيه مرفوعاً فذكره.
قلْتُ: وسنده ضعيف جداً، بل موضوع. ومحمد بن الفضل، لا فضل له ولا كرامة فقد كان كذاباً. وصمه بذلك أحمد، وابن معين، والجوزجاني، وعمرو بن علي، والنسائي، وابن خراش، ويحيى بن الضريس، وغيرهم.

Mawdhu’. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn Abi ‘Asim dalam al-Awa’il (hlm. 19/2), katanya: Muhammad bin Marzuq telah menceritakan kepada kami, katanya ‘Abdul ‘Aziz Ibn al-Khattab telah menceritakan kepada kami, katanya Muhammad bin al-Fadhl bin ‘Atiyyah al-Khurasani telah menceritakan kepada kami daripada ayahnya daripada Abd Allah bin Buraidah daripada ayahnya secara marfu’…lalu beliau menyebutkan hadith tersebut.
Saya berkata: Sanadnya dha’if jiddan, bahkan Mawdhu’. Muhammad bin al-Fadhl, tidak ada kelebihan dan tidak ada kemuliaan padanya. Beliau seorang kaki dusta. Dengan cara demikianlah Ahmad, Ibn Ma’in, al-Jurjani, ‘Amr bin ‘Ali, al-Nasa’ei, Ibn Hirash, Yahya bin al-Dharis dan lain-lain mencela beliau.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs