Akan tiba suatu masa di mana manusia diumpamakan seperti hati-hati unta

TEKS BAHASA ARAB

يوشك أن يضرب الناس أكباد الإبل يطلبون العلم فلا تجدون أحدا أعلم من عالم المدينة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan tiba suatu masa di mana manusia diumpamakan seperti hati-hati unta. Mereka menuntut ilmu namun mereka tidak menemui seorang pun yang lebih alim berbanding seorang alim Madinah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 61, hadis nombor 39. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه الترمذي (2680) وأحمد (2/ 299) وابن أبي حاتم في تقدمة الجرح والتعديل (ص 11- 12) وابن عدي في الكامل (1/ 101) والحاكم (1/ 90- 91) والبيهقي (1/ 386) والخطيب في تاريخ بغداد (5/306- 307) (6/ 376- 377) (13/ 17) من طرق عن سفيان بن عيينة عن ابن جريج عن أبي الزبير عن أبي صالح عن أبي هريرة مرفوعا به قال الترمذي: حديث حسن وقال الحاكم: صحيح على شرط مسلم ولم يخرجاه ووافقه الذهبي.
قلت: كذا قال والسند ضعيف وذلك أن ابن جريج وأبا الزبير من المشهورين بالتدليس ولم يصرح أحدهما بتحديث في شيء من الطرق التي وقفت عليها قال الدارقطني: تجنب التدليس ابن جريح فإن تدليسه قبيح لا يدلس إلا فيما سمعه من مجروح ومعروف أن حكم حديث المدلس هو التضعيف إذا لم يصرح بالسماع من شيخه لاحتمال أنه أسقط رجلا ضعيفا بينه وبين شيخه وهذا القدر متفق عليه بين علماء الحديث إلا من شذ ممن لا يعتد به ولذا فيتعجب من صنيع الشيخ المحدث العلامة أبي الأشبال أحمد بن محمد شاكر رحمه الله تعالى إذ قال في تحقيق المسند (15/ 135) : إسناده صحيح.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi (2680), Ahmad (2/299), Ibn Abi Hatim dalam pendahuluan al-Jarh Wa al-Ta’dil (hlm 11-12), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (1/101), al-Hakim (1/90-91), al-Baihaqi (1/386) dan al-Khatib dalam Tarikh Baghdad (5/306-307) (6/376-377) (13/17) melalui sanad Sufyan bin ‘Uyainah daripada Ibn Juraij daripada Abu al-Zubair daripada Abu Soleh daripada Abu Hurairah secara marfu’ hadith tersebut. Al-Tirmizi berkata: "Hadith hasan". Al-Hakim pula berkata: "Sahih berdasarkan syarat Muslim, namun mereka berdua tidak mengeluarkannya". Dipersetujui oleh al-Zahabi.
Saya berkata: Demikianlah kata mereka, sanad tersebut adalah dha’if, kerana Ibn Juraij dan Abu al-Zubair tergolongan sebagai perawi yang terkenal melakukan Tadlis, mereka berdua tidak menyebutkan jelas lafaz Tahdith dalam mana-mana sanad yang saya temui. Al-Daraqutni berkata: "Jauhilah Tadlis Ibn Juraij, kerana Tadlis beliau adalah buruk, beliau tidak melakukan Tadlis kecuali hadith yang beliau dengan daripada perawi yang dikritik". Diketahui bahawa hukum terhadap hadith perawi Mudallis adalah dha’if sekiranya dia tidak menyebutkan secara jelas bahawa dia mendengar daripada gurunya kerana ada kemungkinan beliau telah membuang seorang perawi dha’if antara beliau dan gurunya. Ini adalah sesuatu yang disepakati antara ulama’ hadith, kecuali mereka-mereka yang menyimpang yang tidak diambil kira pandangannya. Oleh itu, dirasakan pelik terhadap penilaian al-Syeikh al-Muhaddith al-‘Allamah Abu al-Ashbal Ahmad bin Muhammad Shakir r.h apabila beliau berkata dalam tahqiq kepada al-Musnad (15/135): Sanadnya sahih.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.