Sesiapa yang berbuka dengan tamar yang halal

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من أفطر على تمرة من حلال زيد في صلاته أربعمائة صلاة.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang berbuka dengan tamar yang halal ditambah pada solatnya 400 solat (pahalanya).


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 93, hadis nombor 22. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه تمام في فوائده عن أنس مرفوعا وفي إسناده: موسى الطويل وكان يضع.

Al-Tammam meriwayatkan dalam kitab Fawaid daripada Anas secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) dan pada sanadnya Musa al-Tawil merupakan seorang pereka hadith.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs