Batil

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah mewahyukan kepada malaikat al-Hafazah

Teks Bahasa Arab

حديث: إن الله أوحى إلى الحفظة: أن لا تكتبوا على صوام عبيدي بعد العصر سيئة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya Allah mewahyukan kepada malaikat al-Hafazah supaya mereka tidak menulis selepas Asar sebarang keburukan untuk hamba-hambaku yang sering berpuasa.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 92, hadis no. 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أنس مرفوعا. قال الدارقطني: إبراهيم بن عبد الله المروزي: ليس بثقة حدث عن قوم ثقات بأحاديث باطلة هذا منها.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Anas bin Malik secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi). Al-Daraqutni berkata: Ibrahim bin Abdullah al-Marwazi, bukanlah seorang yang terpecaya, dia meriwayatkan hadith daripada perawi-perawi terpecaya dengan hadith-hadith batil, ini salah satunya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.