TEKS BAHASA ARAB
حديث: من تأمل خلق امرأة حتى يتبين له حجم عظمها وراء ثيابها وهو صائم فقد أفطر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang memikirkan bentuk wanita sehingga tampak padanya saiz tubuhnya disebalik pakaiannya sedangkan dia sedang berpuasa maka batal puasanya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 94, hadis nombor 24. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي عن أنس مرفوعا وهو موضوع وفيه كذابان.
قال في اللآلىء: وإنما يروى عن حذيفة قال: من تأمل خلق امرأة من وراء الثياب أبطل صومه.
Ibn Adi meriwayatkan daripada Anas secara marfu' (disandarkan kepada Nabi). Ia adalah hadith palsu dan padanya terdapat dua perawi pendusta.
Al-Suyuthi berkata dalam kitab al-La’ali: Sesungguhnya ia diriwayatkan daripada Huzaifah, dia katanya: Sesiapa yang memikirkan bentuk wanita di sebalik pakaian, maka batal puasanya.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.