Apabila aku berwuduk kerana berjunub

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا توضأت وأنا جنب أكلت وشربت، ولا أصلي ولا أقرأ حتى أغتسل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila aku berwuduk kerana berjunub, aku makan dan minum namun aku tidak solat dan tidak juga membaca (al-Qur’an) hinggalah aku mandi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1201, hadis nombor 6100. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن مالك الغافقي رضي الله عنه أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لعمر بن الخطاب: إذا توضأت وأنا جنب أكلت وشربت، ولا أصلي ولا أقرأ حتى أغتسل.
[أبو عبيد في ((فضائل القرآن))، قط، هق، ((الضعيفة)) (2501)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin Malik al-Ghafiqi RA bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda kepada ‘Umar bin al-Khattab: Apabila aku berwuduk kerana berjunub, aku makan dan minum namun aku tidak solat dan tidak juga membaca (al-Qur’an) hinggalah aku mandi.
[Riwayat Abu 'Ubaid dalam Fada'il al-Qur'an, al-Daraqutni dan al-Baihaqi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2501]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.