Seorang lelaki telah memasuki syurga, lalu melihat hambanya lebih tinggi daripada darjatnya

TEKS BAHASA ARAB

إن رجلا دخل الجنة، فرأى عبده فوق درجته، فقال: يا رب! هذا عبدي ‌فوق ‌درجتي! قال: نعم، جزيته بعمله وجزيتك بعملك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki telah memasuki syurga, lalu melihat hambanya lebih tinggi daripada darjatnya lalu berkata: Wahai Tuhan! Ini adalah hambaku dan dia berada lebih tinggi dari darjatku! Dia berkata: Ya, dia dibalas berdasarkan amalannya dan engkau dibalas berdasarkan amalan engkau.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 653, hadis nombor 3372. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن رجلا دخل الجنة، فرأى عبده فوق درجته، فقال: يا رب! هذا عبدي ‌فوق ‌درجتي! قال: نعم، جزيته بعمله وجزيتك بعملك)). [طس، خط، عق، عد، ((الضعيفة)) (1767)]

(Sangat lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Seorang lelaki telah memasuki syurga, lalu melihat hambanya lebih tinggi daripada darjatnya lalu berkata: Wahai Tuhan! Ini adalah hambaku dan dia berada lebih tinggi dari darjatku! Dia berkata: Ya, dia dibalas berdasarkan amalannya dan engkau dibalas berdasarkan amalan engkau.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Uqaili dalam al-Dhu'afa’ al-Kabir dan Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1767]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs