TEKS BAHASA ARAB
إن الله تعالى بنى الفردوس بيده، وحظرها على كل مشرك وكل مدمن للخمر سكير.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah taala membina syurga Firdaus dengan tangan-Nya, dan dia mengharamkannya ke atas kesemua orang musyrik dan orang yang ketagih arak.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 652, hadis nombor 3370. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((إن الله تعالى بنى الفردوس بيده، وحظرها على كل مشرك وكل مدمن للخمر سكير)). [الرازي، حل، فر، ((الضعيفة)) (1719)]
(Lemah) Daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah taala membina syurga Firdaus dengan tangan-Nya, dan dia mengharamkannya ke atas kesemua orang musyrik dan orang yang ketagih arak.” [Riwayat al-Razi dalam al-Fawaid, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah al-Awliya’ dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1719]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.