Di dalam syurga ada suatu pasar yang tidak ada jual beli padanya kecuali gambar-gambar lelaki dan perempuan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن في ‌الجنة ‌سوقا لا شراء فيه ولا بيع إلا الصور من الرجال والنساء، فإذا اشتهى الرجل صورة دخلها، وفيها مجتمع الحور العين يرفعن أصواتا لم تسمع الخلائق بمثلهن، يقلن: نحن الناعمات فلا نبأس أبدا، ونحن الخالدات فلا نموت ، ونحن الراضيات فلا نسخط أبدا، فطوبى لمن كان لنا وكنا له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Di dalam syurga ada suatu pasar yang tidak ada jual beli padanya kecuali gambar-gambar lelaki dan perempuan, jika seorang lelaki mahukan mana-mana gambar dia akan memasukinya, di dalamnya ada sekelompok Hur Ain yang menaikkan suara mereka yang belum pernah didengari seumpamanya. Mereka berkata: Kamilah yang penuh nikmat dan tidak akan pudar, kamilah yang akan kekal dan tidak mati, kamilah yang penuh reda dan tidak akan marah selama-lamanya maka beruntunglah yang memiliki kami dan kami memilikinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 653 – 654, hadis nombor 3374. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن في ‌الجنة ‌سوقا لا شراء فيه ولا بيع إلا الصور من الرجال والنساء، فإذا اشتهى الرجل صورة دخلها، وفيها مجتمع الحور العين يرفعن أصواتا لم تسمع الخلائق بمثلهن، يقلن: نحن الناعمات فلا نبأس أبدا، ونحن الخالدات فلا نموت ، ونحن الراضيات فلا نسخط أبدا، فطوبى لمن كان لنا وكنا له)). [ت، المروزي في ((زوائد الزهد))، تمام، الثقفي في ((الثقفيات))، الضياء المقدسي في ((صفة الجنة))، ((الضعيفة)) (1982)]

(Lemah) Daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Di dalam syurga ada suatu pasar yang tidak ada jual beli padanya kecuali gambar-gambar lelaki dan perempuan, jika seorang lelaki mahukan mana-mana gambar dia akan memasukinya, di dalamnya ada sekelompok Hur Ain yang menaikkan suara mereka yang belum pernah didengari seumpamanya. Mereka berkata: Kamilah yang penuh nikmat dan tidak akan pudar, kamilah yang akan kekal dan tidak mati, kamilah yang penuh reda dan tidak akan marah selama-lamanya maka beruntunglah yang memiliki kami dan kami memilikinya.” [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, al-Marwazi dalam Zawaid al-Zuhd, al-Razi dalam al-Fawaid, al-Thaqafi dalam al-Thaqafiyyat dan al-Dhiya’ al-Maqdisi dalam Sifat al-Jannah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1982]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.