Bahawa seorang lelaki mendendangkan syair kepada baginda

TEKS BAHASA ARAB

” أن رجلا – كما ذكره القشيري – أنشد بين يدي النبي صلى الله عليه وسلم:
(أقبلت فلاح لها … عارضان كالثبج)
(أدبرت فقلت لها … والفؤاد في وهج)
(عاذلي ويلكما … قد غرقت في لجج)
(هل علي ويحكما … إن عشقت من حرج)
فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” لا حرج إن شاء الله “.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa seorang lelaki mendendangkan (atau mendeklamasikan) syair kepada baginda Nabi Muhammad sallallahhu ‘alaihi wasallam, hal ini sepertimana yang telah dinyatakan oleh al-Qusyairi:

Dia datang lantas sang pipi merenungnya seolah-olah dia berada di tengah-tengah samudera,

Beredar sahaja dia, kuucapkan kata-kata syahdu sambil hati meluap-luap dilamun cinta,

Engkau mengecamku sang pipi! sial kamu! Aku sudah tengelam di lautan dalam.

Adakah salah aku jatuh cinta?!

Maka Rasulullah sallallahhu ‘alaihi wasallam berkata: Tidak menjadi masalah, in sya Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 127, hadis nombor 165. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قَالَ الطُّوفِيُّ: هَذَا الْحَدِيثُ مَوْضُوعٌ بِاتِّفَاقِ أَهْلِ الْمَعْرِفَةِ بِالْحَدِيثِ، وَلَيْسَ هُوَ فِي شَيْءٍ مِنْ دواوين الْإِسْلَام.

Al-Tufi telah berkata: Hadis ini adalah palsu sepakat dengan para ulama hadis dan hadis ini bukan sesuatu urusan pun daripada syiar agama Islam.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs