Semua ucapan anak Adam ditanggung olehnya sebagai dosa

TEKS BAHASA ARAB

كل كلام ابن آدم عليه لا له إلا أمر بمعروف أو نهي عن منكر أو ذكر الله تعالى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semua ucapan anak Adam ditanggung olehnya (sebagai dosa), bukannya membantunya, kecuali ucapan menyuruh kepada yang makruf, melarang daripada perkara munkar atau zikir mengingati Allah SWT.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 38, hadis nombor 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه عبد الله بن أحمد في زوائد الزهد (22-23) وابن أبي الدنيا في الصمت(ج1/ق2/2) والطبراني في الكبير (ج 23/ رقم 484) والحاكم (2/512- 513) والخطيب في التاريخ (12/ 321، 433- 434) من طريق محمد بن يزيد بن خنيس، قال: سمعت سفيان الثوري ودخلنا نعوده، فقال لسعيد بن حسان المخزومي،: كيف الحديث الذي حدثتني؟! قال: حدثتني أم صالح، عن صفية بنت شيبة، عن أم حبيبة زوجة النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: … فذكره. فقال: رجل لسفيان ما أشد هذا الحديث. قال سفيان: وما شدته؟ قال: قال الله تعالى {لا خير في كثير من نجواهم إلا من أمر بصدقة أو معروف أو إصلاح بين الناس} وقال الله عز وجل {والعصر * إن الإنسان لفي خسر * إلا الذين آمنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر} . وقال عز وجل {إلا من أذن له الرحمن وقال صوابا} وقال سفيان: (هذا كلام ربي عز وجل الذي جاء به جبريل عليه السلام). هذا السياق لعبد الله بن أحمد. وأخرجه ابن السني في اليوم والليل (رقم 5) من هذا الوجه وذكر القصة، لكنه لم يذكر الآيات. وأخرجه الترمذي (2412) وابن ماجه (3974) ، وبحشل في تاريخ واسط (245- 246) ، والقضاعي في مسند الشهاب (305) (من طريق ابن خنيس به، بالمرفوع وحده ولم يذكروا قصة عيادة سفيان . قال الترمذي: حديث حسن غريب، لا نعرفه إلا من حديث محمد بن يزيد بن خنيس . وسكت عنه الحاكم والذهبي.
قلت: أما محمد بن يزيد، فقد قال أبو حاتم: شيخ صالح. وذكره ابن حبان في الثقات. وقال: ربما أخطأ، يجب أن يعتبر بحديثه إذا بين السماع في خبره. ولخص الذهبي حاله فقال: هو وسط . وأم صالح هذه مجهولة، لم يرو عنها سوى سعيد بن حسان. وقال الحافظ: لا يعرف حالها. فالحديث معل بها. والله أعلم.

Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abd Allah bin Ahmad dalam Zawaid al-Zuhud (22-23), Ibn Abi al-Dunya dalam al-Sumt (juz 1/ hlm. 2/2), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 23/ hadith : 484), al-Hakim (2/512-513), al-Khatib dalam al-Tarikh (12/321, 433-434) melalui sanad Muhammad bin Yazid bin Khunais, katanya: Saya telah mendengar Sufyan al-Thauri semasa kami masuk menziarahi beliau, beliau berkata kepada Sa’id bin Hassan al-Makhzumi: Bagaimana dengan hadith yang kamu telah ceirtakan kepadaku?". Sa’id berkata: Ummu Soleh telah menceritakan kepadaku daripada Safiyyah binti Syaibah daripada Ummu Habibah, isteri Nabi SAW, sabda Baginda SAW: …lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Lalu seorang lelaki berkata kepada Sufyan: Alangkah beratnya hadith ini. Sufyan bertanya: Apa yang beratnya? Dia menjawab: Allah SWT telah berfirman (bermaksud): Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh memberikan sedekah, berbuat makruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia, juga firman Allah SWT (yang bermaksud): Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran, serta firman Allah SWT (yang bermaksud): Kecuali sesiapa yang telah diberikan izin kepadanya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah dan dia mengucapkan kata-kata yang benar. Sufyan pun berkata: Ini adalah kalam Tuhanku ‘SWT yang telah dibawa oleh Jibril AS. Lafaz ini telah diriwayatkan oleh Abd Allah bin Ahmad.
Ibn al-Sunni turut mengeluarkan hadith ini dalam al-Yaum Wa al-Lailah (no 5) melalui sanad ini dan menyebutkan kisah tersebut, namun tidak disebutkan ayat-ayat al-Quran itu. Hadith tersebut turut dikeluarkan oleh al-Tirmizi (2412), Ibn Majah (3974), Bahshal dalam Tarikh Wasit (245-246), dan al-Qudha’ie dalam Musnad al-Shihab (305) melalui sanad Ibn Khunais dan seterusnya dengan menyebutkan hadith yang marfu’ sahaja, tanpa menyebutkan kisah ziarah Sufyan tersebut. Al-Tirmizi berkata: Hadith hasan gharib, tidak kami ketahuinya melainkan daripada hadith Muhammad bin Yazid bin Khunais. Al-Hakim dan al-Zahabi berdiam diri terhadap hadith itu (tanpa memberikan komentar).
Saya berkata: Berkenaan Muhammad bin Yazid, Abu Hatim berkata: Seorang Syeikh lagi Soleh, Ibn Hibban pula menyebutkan beliau dalam al-Thiqat sambil berkata: Kerapkali juga melakukan kesilapan, wajib mengambilkira hadith beliau apabila beliau jelas menyebutkan Sama’ (mendengar) dalam hadithnya. Al-Zahabi pula merumuskan tentang status beliau, katanya: Beliau Wasat (Dipertengahan). Ummu Soleh itu pula seorang yang Majhul, tidak ada yang meriwayatkan daripada beliau selain Sa’id bin Hassan. Al-Hafiz berkata: Tidak diketahui keadaannya. Oleh itu, hadith ini terdapat kecacatan disebabkan olehnya. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.