Tidak ada satu bahagian pun daripada jasad melain ia mengadu terhadap ketajaman lidah

TEKS BAHASA ARAB

ليس شيء من الجسد إلا وهو يشكو ذرب اللسان. وفي رواية: إلا وهو يشكو إلى الله عز وجل اللسان على حدته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada satu bahagian pun daripada jasad melain ia mengadu terhadap ketajaman lidah, dalam riwayat lain: Melainkan ia mengadu kepada Allah ‘azzawajalla terhadap tajamnya lidah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 39, hadis nombor 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف مرفوعاً.
أخرجه أبو يعلى (ج 1/ رقم 5) وابن السني في اليوم والليلة (7) وابن أبي الدنيا في الصمت (ج 1/ ق2/ 2) وفي الورع (ق 9/ 1) وابن المقرئ في معجمه (ج 4/ ق 2/ 2) من طريق عبد الصمد بن عبد الوارث، أخبرنا الدراوردي، عن زيد بن أسلم، عن أبيه، أن عمر اطلع على أبي بكر، رضي الله عنهما وهو يمد لسانه، فقال: ما تصنع يا خليفة رسول الله صلى الله عليهِ وآله وسلم؟! قالَ: إن هذا أوردني الموارد، إن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم قال:.. فذكره.
قلت: قد خولف عبد الصمد في ذكر المرفوع من هذا الحديث. وقد رواه جماعة عن زيد بن أسلم عن أبيه، عن عمر أنه دخل على أبي بكر وهو يجبذ لسانه فقال له عمر: مه! ، غفر الله لك فقال أبو بكر: إن هذا أوردني الموارد. فلم يرفعوا شيئاً من الحديث، منهم: مالك بن أنس، عنه. أخرجه في موطئه (2/ 988/12) ، ومن طريق أبو نعيم في الحلية (1/33). محمد بن عجلان، عنهُ. أخرجه ابن أبي شيبة في المصنف (9/ 66/ 6551) وعنه ابن أبي عاصم في الزهد (18). أسامة بن زيد، عنه. أخرجه أبو نعيم في الحلية (9/ 17) . عبيد الله بن عمر، عنه. أخرجه عبد الله بن أحمد في زوائد الزهد (112) هشام بن سعد، عنه. ذكره الدارقطني في العلل(ج1/ ق 3/ 1).
قلت: فهؤلاء جمعياً قد خالفوا عبد الصمد بن عبد الوارث في رفعه إياه، ولا شك في أنهم يترجحون عليه بأمرين: أولاً: لكثرتهم. ثانياً لأنه مع كونه من الثقات إلا أن ابن قانع قال فيه: ثقة يخطئ. ويقويه قول ابن سعد: كان ثقة إن شاء الله. وقد رجح الدارقطني في العلل (ج1/ ق 3/1) الموقوف. ووهم عبد الصمد، في روايته المرفوع عن الداوردي. وخالفهم سفيان الثوري، فرواه عن زيد بن أسلم، عن أبيه، عن أبي بكر. فأسقط ذكر عمر بن الخطاب.
أخرجه ابن المبارك (369) ، ووكيع (287) ، وأحمد (109) ، وابن أبي عاصم (19) جميعاً في كتاب الزهد. ورواه جماعة من الثقات عن سفيان كذلك منهم: عبد الرحمن بن مهدي، وابن المبارك، ووكيع، وأبو داود الحفري فيظهر أن الوهم من سفيان، لاتفاق هؤلاء جميعاً عنه وقد خالفه جماعة عن زيد بن أسلم، منهم مالك وغيره كما تقدم ذكره. وخالفهم ابن وهب أيضاً، فرواه عن هشام بن سعد، وداود بن قيس ويحيى بن عبد الله بن سالم، وعبد الله بن عمر العمري، عن زيد بن أسلم، عن عمر. فأسقط ذكر (أسلم). وهذه الرواية خطأ، والمحفوظ ذكر (أسلم). ثم رأيت للحديث طريقاً آخر. أخرجه ابن أبي الدنيا في الصمت (ج1/ ق 4/2) ، وأحمد في العلل
(1/ 263- 264) ومن طريقه العقيلي في الضعفاء (4/ 290) عن أبي المغيرة، النضر بن إسماعيل القاص، عن إسماعيل بن أبي خالد، عن قيس بن أبي حازم، عن أبي بكر به. قال أحمد: هو حديث منكر، وإنما هو حديث زيد بن أسلم. وفي التهذيب (10/ 435) أن البخاري روى عن أحمد نحو ذلك.
قلت: والنضر بن إسماعيل، شيخ أحمد فيه، تكلم فيه أحمد وابن معين، وأبو داود والنسائي وغيرهم بما حاصله أنه ضعيف الحفظ، فالوهم منه. والله أعلم. وبالجملة، فالحديث لا يصح مرفوعاً. والله أعلم.

Dha’if secara marfu’. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Ya’la (juz 1/ hadith : 5), Ibn al-Sunni dalam al-Yawm Wa al-Lailah (7), Ibn Abi al-Dunya dalam al-Sumt (juz 1/hlm. 2/2) dan dalam al-Wara’ (hlm. 9/1), dan Ibn al-Muqri’ dalam Mu’jam beliau (juz 4/hlm. 83/2 – hlm. 84/1) melalui sanad ‘Abdul Somad bin ‘Abdul Warith, katanya al-Darawardi telah khabarkan kepada kami daripada Zaid bin Aslam daripada ayahnya bahawa ‘Umar menemui Abu Bakar RA yang ketika itu beliau sedang menarik lidahnya. Umar pun bertanya: "Apa yang anda sedang lakukan, wahai Khalifah Rasulullah SAW?". Abu Bakar menjawab: "Sesungguhnya lidah inilah yang membawa kebinasaan kepadaku. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda….lalu beliau pun menyebutkan hadith itu.
Saya berkata: ‘Abd al-Samad telah meriwayatkan berbeza kerana menyebutkan secara marfu’ melalui hadith ini, sedangkan sekumpulan perawi telah meriwayatkan hadith ini daripada Zaid bin Aslam daripada ayahnya daripada ‘Umar bahawa beliau pernah masuk menemui Abu Bakar yang waktu itu sedang menarik lidahnya. Lalu ‘Umar berkata kepada beliau: "Cukuplah! Semoga Allah berikan keampunan buat anda". Abu Bakar pun berkata: "Sesungguhnya lidah inilah yang membawa kebinasaan kepadaku". Mereka tidak meriwayatkan secara marfu’ sedikit pun hadith tersebut, antaranya:
Malik bin Anas daripada Zaid. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Abi Shaybah dalam al-Mushannaf (2/988/12), juga Abu Nu’aim melalui sanad Malik dalam al-Hilyah (1/33).
Muhammad bin ‘Ajlan daripada Zaid. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Abi Shaybah dalam al-Mushannaf (9/66/6551), juga Ibn Abi ‘Asim melalui Muhammad dalam al-Zuhud (18).
Usamah bin Zaid daripada Zaid. Ianya telah dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (9/17).
‘Ubaidullah bin ‘Umar daripada Zaid. Ianya telah dikeluarkan oleh Abd Allah bin Ahmad dalam Zawaid al-Zuhud (112).
Hisham bin Sa’d daripada Zaid. Al-Daraqutni menyebutkannya dalam al-‘Ilal (juz 1/hlm. 3/1).
Saya berkata: Mereka semua telah meriwayatkan berbeza dengan ‘Abdul Somad bin ‘Abdul Warith yang meriwayatkan secara marfu’ hadith tersebut. Tidak syak lagi bahawa mereka perlu di dahulukan berbanding ‘Abd al-Samad kerana dua sebab: Pertama: Bilangan mereka ramai. Kedua: Sekalipun beliau (‘Abd al-Samad) seorang yang thiqah namun Ibn Qani’ ada berkata tentang beliau: "Thiqah, adakalanya tersilap", ini dikuatkan lagi dengan kata-kata Ibn Sa’d: "Beliau thiqah insya Allah".
Dalam al-‘Ilal (juz 1/hlm. 3/1), al-Daraqutni berpandangan rajih riwayat yang mawquf. ‘Abdul Somad telah keliru dalam meriwayatkannya secara marfu’ daripada al-Darawardi. Sufyan al-Thauri turut meriwayatkan berbeza dengan mereka, kerana beliau meriwayatkannya daripada Zaid bin Aslam daripada ayahnya daripada Abu Bakar. Beliau tidak menyebutkan ‘Umar bin al-Khattab. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn al-Mubarak (369), Waki’ (287), Ahmad (109) dan Ibn Abi ‘Asim (19), kesemua mereka meriwayatkannya dalam kitab al-Zuhud.
Sekumpulan perawi-perawi thiqah telah meriwayatkannya daripada Sufyan sedemikian, antaranya: ‘Abd al-Rahman bin Mahdi, Ibn al-Mubarak, Waki’, dan Abu Daud al-Hafari. Jelasnya, kekeliruan itu berpunca daripada Sufyan kerana mereka semua sepakat meriwayatkan daripada Sufyan (tanpa menyebutkan ‘Umar), sekumpulan perawi yang meriwayatkan daripada Zaid bin Aslam telah meriwayatkan berbeza dengan beliau (Sufyan), antaranya adalah Malik dan lain-lain sebagaimana telah disebutkan. Ibn Wahb turut meriwayatkan berbeza dengan perawi-perawi lain kerana beliau telah meriwayatkan daripada Hisham bin Sa’d, Daud bin Qais,s Yahya bin Abd Allah bin Salim dan Abd Allah bin ‘Umar al-‘Umari daripada Zaid bin Aslam daripada ‘Umar. Ibn Wahb tidak menyebutkan Aslam. Riwayat ini adalah suatu kesilapan, riwayat yang mahfuz ada menyebutkan Aslam.
Kemudian, saya melihat hadith ini memiliki satu sanad lain. Ianya telah dikeluarkan olej Ibn Abi al-Dunya dalam al-Sumt (juz 1/ hlm. 4/2), Ahmad dalam al-‘Ilal (1/263-264), juga al-‘Uqaili melalui sanad Ahmad dalam al-Dhu’afa’ (4/290) daripada Abu al-Mughirah al-Nadhr bin Isma’il al-Qas daripada Isma’il bin Abi Khalid daripada Qais bin Abi Hazim daripada Abu Bakar dan seterusnya. Ahmad berkata: "Ianya hadith yang munkar, sebetulnya ianya hadith Zaid bin Aslam". Dalam al-Tahzib (10/435) bahawa al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Ahmad seumpama tersebut.
Saya berkata: al-Nadhr bin Isma’il, guru Ahmad dalam sanad itu, beliau telah diperbahaskan oleh Ahmad, Ibn Ma’in, Abu Daud, al-Nasa’ei dan lain-lain yang hasilnya adalah beliau seorang yang lemah sudut hafalan. Oleh itu, kekeliruan berpunca daripada beliau. Kesimpulannya, hadith tersebut tidak sahih secara marfu’. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs