Sekiranya kamu mencintaiku, maka sediakanlah perisai bagi kefakiran

TEKS BAHASA ARAB

إن كنت تحبني فأعد للفقر تجفافا فإن الفقر أسرع إلى من يحبني من السيل إلى منتهاه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya kamu mencintaiku, maka sediakanlah perisai bagi kefakiran. Kerana sesungguhnya kefakiran lebih laju kepada orang yang mencintaiku berbanding air yang mengalir ke hujungnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 36, hadis nombor 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أخرجه الترمذي (7/ 16- 17 تحفة) ، من طريق روح بن أسلم، أخبرنا شداد أبو طلحة الراسبي، عن أبي الوازع، عن عبد الله بن المغفل قال: قال رجل للنبي – صلى الله عليه وسلم -: يا رسول، والله إني لأحبك فقال له: انظر ما تقول قال: والله إني لأحبك، ثلاث مرات. فقال: إن كنت تحبني، فأعد…الحديث. قال الترمذي حديث حسن غريب .
قلْتُ: لا، وروح بن أسلم كذبه عفان، ولكن قالَ ابن معين: ليس بذاك، لم يكن من أهل الكذب. وضعفه البخاري، وأبو حاتم، والدراقطني. ولكن تابعه حجاج بن نصير، عن شداد بهِ. أخرجه البغوي في شرح السنة (14/368) لكن حجاج بن نصير ضعيف كما قالَ ابن معين وغيره. ثمَّ أبو الوازع، واسمه جابر بن عمرو، قالَ ابن معين: ليس بشيء ووثقه مرة. وقال النسائي: منكر الحديث . وقال ابن عدي: أرجو أنه لا بأس بهِ .

Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi (7/16-17 – Tuhfah) melalui sanad Rawh bin Aslam, katanya Shaddad Abu Talhah al-Rasibi telah khabarkan kepada kami daripada Abi al-Wazi’ daripada ‘Abd Allah bin al-Mughaffal, katanya: Seorang lelaki telah berkata kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah, aku benar-benar mencintaimu. Baginda SAW pun bersabda kepadanya: Lihatlah balik apa yang sedang kamu katakana. Lelaki itu pun berkata lagi: Demi Allah, aku benar-benar mencintaimu sebanyak tiga kali. Lantas Baginda SAW bersabda: Sekiranya kamu mencintaiku, maka sediakanlah…hadith. al-Tirmizi berkata: Hadith hasan gharib.
Saya berkata: Tidak, Rawh bin Aslam telah dinilai sebagai pendusta oleh ‘Affan, namun Ibn Ma’in berkata: Laisa Bi Zaka (Beliau tidak kuat), bukan termasuk kalangan pendusta. Al-Bukhari, Abu Hatim dan al-Daraqutni telah menilai beliau sebagai dha’if. Namun, beliau telah disokong oleh Hajjaj bin Nusair daripada Shaddad seterusnya. Hadith telah dikeluarkan oleh al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (14/268). Namun, Hajjaj bin Nusair seorang perawi dha’if sebagaimana disebutkan oleh Ibn Ma’in dan lain-lain. Adapun, Abu al-Wazi’, nama beliau Jabir bin ‘Amr, Ibn Ma’in berkata: Beliau tidak ada nilai, namun ditempat lain Ibn Ma’in menilainya sebagai Thiqah. Al-Nasa’ie berkata: Munkar al-Hadith dan Ibn ‘Adi pula berkata: Saya berharap beliau tidak bermasalah.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs