Janganlah kamu melihat pada kecilnya dosa

TEKS BAHASA ARAB

لا تنظروا في صغر الذنب ولكن انظروا على من اجترأتم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu melihat pada kecilnya dosa, namun lihatlah kepada siapakah kamu berani melakukan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 48, hadis nombor 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
أخرجه ابن عدي في الكامل (6/ 2177) ، وأبو نعيم في الحلية (6/ 78) من طريق محمد بن إسحاق العكاشي، حدثني الأوزاعي، حدثني حسان بن عطية، قال: سمعت أبا كبشة يقول: سمعت عمرو بن العاص فذكره مرفوعاً. قال أبو نعيم: غريب من حديث الأوزاعي عن حسان، تفرد برفعه محمد بن إسحاق، وفيه ضعف، ومشهوره من قبل بلال بن سعد.
قلْتُ: تسامح أبو نعيم في حال محمد بن إسحاق، وقدْ كذبه ابن معين وأبو حاتم، ورماه ابن حبان والدارقطني بوضع الحديث. وله شاهد من حديث ابن عمر رضي الله عنهما. أخرجه العقيلي في الضعفاء (ق 176/ 2) من طريق غالب بن عبيد الله، عن مجاهد، عن ابن عمر مرفوعاً: لا تنظر إلى صغر الخطيئة، ولكن انظر إلى من عصيت.
قلت: وسنده واه. وآفته غالب هذا. قال البخاري في الكبير (4/ 1/ 101) : منكر الحديث. وقال العقيلي: ليس له أصل مسند، ولا يتابع عليه، ولا يعرف به. وإنما يروي هذا عن بلال بن سعد. أ. هـ‍. ثم رواه عن بلال بن سعد بسند صحيح إليه. والله أعلم.

Mawdhu'(Palsu). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (6/2177), Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (6/78) melalui sanad Muhammad bin Ishaq al-‘Ukkashi, katanya al-Auza’ie telah menceritakan kepadaku, katanya Hassan bin ‘Atiyyah telah menceritakan kepadaku, katanya: Aku telah mendengar Abu Kabshah berkata: Aku telah mendengar ‘Amr bin al-‘As…, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut secara marfu’. Abu Nu’aim berkata: "Gharib melalui hadith al-Auza’ie daripada Hassan. Muhammd bin Ishaq bersendirian meriwayatkannya secara marfu’. Dalam sanadnya terdapat kelemahan. Hadith tersebut masyhur melalui Bilal bin Sa’d".
Saya berkata: Abu Nu’aim bermudah-mudah terhadap status Muhammad bin Ishaq. Ibn Ma’in dan Abu Hatim telah menilai beliau sebagai pendusta. Manakala, Ibn Hibban dan al-Daraqutni telah menilai beliau sebagai pemalsu hadith. Terdapat sokongan bagi hadith tersebut melalui hadith Ibn ‘Umar RA. Ianya telah dikeluarkan oleh al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (hlm. 176/2) melalui sanad Ghalib bin ‘Ubaidullah daripada Mujahid daripada Ibn ‘Umar secara marfu’: "Janganlah kamu melihat kepada kecilnya kesalahan, tapi lihatlah kepada siapakah kamu bermaksiat".
Saya berkata: Sanadnya Wahin (terlalu dha’if), puncanya adalah Gharib tersebut. Al-Bukhari berkata dalam al-Kabir (4/1/101): "Munkar al-Hadith". Al-‘Uqaili berkata: "Tidak ada baginya asal lagi musnad, tidak ada sokongan terhadap riwayat beliau dan beliau tidak dikenali melainkan melalui hadith ini. Hadith ini hanya diriwayatkan daripada Bilal bin Sa’d". Kemudian beliau meriwayatkannya daripada Bilal bin Sa’d dengan sanad yang sahih hingga kepada Bilal. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.