TEKS BAHASA ARAB
اكتم الخطبة ثم توضأ فأحسن وضوءك ثم صل ما كتب الله لك، ثم احمد ربك ومجده ثم قل: اللهم إنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب، فإن رأيت لي في فلانة – تسميها باسمها خيرا لي في ديني ودنياي وآخرتي، فاقدرها لي وإن كان غيرها خيرا لي منها في ديني، ودنياي وآخرتي، فاقض لي بها أو قال اقدرها لي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sembunyikanlah pertunangan, kemudian berwuduklah dengan wuduk yang sempurna. Setelah itu, solatlah seperti yang telah Allah tetapkan kepada kamu. Kemudian pujilah Rabbmu dan agungkanlah Dia. Sesudah itu, ucapkanlah: Ya Allah, Engkaulah yang menentukan, bukan aku yang menentukan. Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau teramat mengetahui yang ghaib. Sekiranya Engkau melihat si fulanah (sebutkan namanya) baik untukku dalam urusan agamaku dan urusan duniaku, juga urusan akhiratku, maka takdirkanlah dia untukku. Namun, sekiranya selain dia adalah yang terbaik untukku berbandingnya, dalam urusan agamaku, urusan duniaku dan urusan dunia serta akhiratku, maka tetapkanlah diriku untuknya (yang lain itu) atau Baginda menyebutkan: takdirkanlah dia untukku.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 31-32, hadis nombor 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ضعيف.
أخرجه أحمد (5/ 4239) وابن خزيمة (2/ 226) واللفظ له وابن حبان (685) والطبراني في الكبير (ج 4/ رقم 3901) ، والحاكم (1/ 314- 315) ، والبيهقي (7/ 147-148) من طريق أيوب بن خالد بن أبي أيوب الأنصاري، عن أبيه، عن جده، فذكره مرفوعا
قال الحاكم: صحيح الإسناد ووافقه الذهبي.
قلت: وهما في ذلك من وجهين:
الأول: أيوب بن خالد ترجمه ابن أبي حاتم في الجرح والتعديل (1/ 1/ 245) ولم يحك فيه جرحا ولا تعديلا، فهو على ذلك مجهول الحال. ولكن رأيت شيخنا الألباني حفظه الله تعالى إشارة في تعليقه على صحيح ابن خزيمة إلى أن فيه لينا. ويقال: هو أيوب بن خالد بن صفوان الأنصاري. وانظر التاريخ الكبير (1/ 1/ 413) للبخاري.
الثاني: أبوه لا يعرف أصلا، فهو مجهول العين والصفة قلت: وفي هذا وغيره مما هو مثله رد على الحافظ ابن حجر رحمه الله إذ يقول إن من أخرج له ابن خزيمة في صحيحه يكون عنده ثقة. صرح بذلك في تعجيل المنفعة (رقم 618) في ترجمة عبد الرحمن بن خالد بن جبل. مع أني رأيت الحافظ لا يعتمد بمثل ذلك في نقده في التلخيص وغيره ويغني عنه حديث جابر بن عبد الله الأنصاري قال: كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم يعلمنا الاستخارة في الأمور كما يعلمنا السورة من القرآن، ويقول: إذا هم أحدكم بالأمر فليركع ركعتين من غير الفريضة ثم ليقل: اللهم إني أستخيرك بعلمك، وأستقدرك بقدرتك، وأسألك من فضلك العظيم، فإنك تقدر ولا أقدر، وتعلم ولا أعلم، وأنت علام الغيوب. اللهم عن كنت تعلم أن هذا الأمر خير لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري، أو قال: في عاجل أمري وآجاله فاقدره لي ويسره لي، ثم بارك لي فيه وأن كنت تعلم أن هذا الأمر شر لي في ديني ومعاشي، وعاقبة أمري – أو قال: في عاجل أمري وآجله، فاصرفه عني، واصرفني عنه، واقدر لي الخير حيث كنت، ثم أرضني به. قال: ويسمى حاجته. أخرجه الجماعة إلا مسلما، وقد خرجته في الانشراح في آداب النكاح (رقم 3) مع ذكر الفوائد التي فيه فالحمد لله.
Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ahmad (5/423), Ibn Khuzaimah (2/226) dan lafaznya berdasarkan riwayat Ahmad, Ibn Hibban (685), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 4/ hadith no 3901), al-Hakim (1/314-315), al-Baihaqi (7/147-148) melalui sanad Ayyub bin Khalid bin Abi Ayyub al-Ansari daripada ayahnya daripada datuknya, lalu dia menyebutkan hadith tersebut secara marfu’. Al-Hakim berkata: "Sahih sanadnya". Dipersetujui oleh al-Zahabi.
Saya berkata: Kekeliruan berpunca daripada dua sebab:
Pertama: Ayyub bin Khalid, Ibn Abi Hatim telah menyebutkan biografinya dalam al-Jarh Wa al-Ta’dil (1/1/245), namun beliau tidak menyebutkan samada Ta’dil (pujian) ataupun Jarh (kritikan) terhadap Ayyub. Oleh itu, beliau bertaraf Majhul al-Hal (tidak diketahui statusnya). Tapi, saya melihat guru kami al-Albani – semoga Allah memelihara beliau – isyaratkan dalam komentar beliau bagi Shahih Ibn Khuzaimah bahawa Ayyub terdapat kelemahan pada beliau. Dikatakan bahawa beliau adalah Ayyub bin Khalid bin Safwan al-Ansari. Lihat al-Tarikh al-Kabir (1/1/413) oleh al-Bukhari.
Kedua: Ayah beliau juga langsung tidak dikenali, beliau seorang yang Majhul al-‘Ain .(tidak dikenali identiti) dan sifat. Saya berkata: Berdasarkan hadith ini dan hadith lain yang seumpamanya menolak dakwaan al-Hafiz Ibn Hajar (semoga Allah merahmati beliau) bahawa perawi-perawi yang diriwayatkan hadithnya oleh Ibn Khuzaimah dalam Shahih beliau adalah perawi yang Thiqah di sisi beliau. Perkara ini disebutkan jelas oleh beliau dalam Ta’jil al-Manfa’ah (no 618) berhubung biografi ‘Abdurrahman bin Khalid bin Jabal. Namun, saya melihat bahawa al-Hafiz tidak berpendirian sedemikian pada kritikannya dalam al-Talkhis dan lain-lain. .
Cukuplah hadith Jabir bin ‘Abdillah al-Ansari, kata beliau: Rasulullah SAW selalu mengajarkan kepada kami istikharah dalam perkara-perkara tertentu sebagaimana Baginda SAW selalu mengajarkan kami surah al-Qur’an. Sabda Baginda SAW: "Apabila seseorang kamu merasa gusar terhadap sesuatu perkara, maka solatlah dua rakaat yang bukan solat fardhu. Kemudian hendaklah dia membaca: "Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta pilihan kepadaMu dengan ilmuMu, aku meminta kekuatan kepadaMu dengan kudaratMu, aku meminta kepadaMu daripada kurnianMu Yang Agung, kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui sedangkan aku pula tidak mengetahui. Engkau teramat mengetahui yang ghaib. Ya Allah! Sekiranya Engkau mengetahui bahawa urusan ini baik untukku pada urusan agamaku, kehidupanku dan akibat baik untukku" atau Baginda SAW menyebutkan: "Sama ada pada urusanku kini (dunia) atau akan datang (akhirat), maka takdirkanlah ia untukku dan permudahkanlah ia kepadaku. Kemudian, berkatilah untukku pada pilihan itu. Sekiranya Engkau tahu bahawa urusan ini buruk untukku, pada urusan agamaku, kehidupanku dan akibat buruk untuk urusanku" atau Baginda SAW mengucapkan: Sama ada pada urusanku kini (dunia) atau akan datang (akhirat), maka palingkanlah ia daripadaku dan takdirkanlah untukku sesuatu kebaikan dalam apa jua urusanku, kemudian Engkau redhailah aku dengan kebaikan itu. Perawi berkata: Dan disebutkan hajatnya. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Jama’ah kecuali Muslim. Saya telah mengeluarkannya dalam kitab al-Inshirah Fi Adab al-Nikah (no 3) berserta faedah-faedah yang terdapat dalam hadith tersebut. Segala puji bagi Allah.
RUJUKAN
Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.