Sekiranya kamu memutuskan hukum antara mereka berdua, lalu kamu betul dalam menentukan hukuman

TEKS BAHASA ARAB

إن أنت قضيت بينهما فأصبت القضاء فلك عشر حسنات وإن أنت اجتهدت فأخطأت فلك حسنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya kamu memutuskan hukum antara mereka berdua, lalu kamu betul dalam menentukan hukuman, kamu memperolehi sepuluh kebaikan. Namun, jika kamu telah berijtihad lalu tersilap, maka kamu mendapat satu kebaikan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 24, hadis nombor 133. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه أحمد (4/ 205) حدثنا أبو النضر، قال: ثنا الفرج، قال: ثنا محمد بن عبد الأعلى، عن أبيه، عن عبد الله بن عمرو، عن عمرو بن العاص، قال: جاء رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم خصمان يختصمان، فقال لعمرو: اقض بينهما يا عمرو فقال: أنت أولى بذلك مني يا رسول الله. قال وإن كان. قال: فإذا قضيت بينهما، فمالي؟ قال: إن أنت قضيت…الحديث.
قلت: وهذا سند ضعيف. والفرج. هو ابن فضالة ضعيف عند الأكثر ين. ومحمد بن عبد الأعلى لم أظفر له بترجمة، ولا حتى في التعجيل مع أنه على شرطه. ولعله هو الذي عناه الحافظ الهيثمي رحمه الله حين قال في المجمع (4/ 195) : رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه من لم أعرفه. أهـ‍.
قلت: واقتصاره عليه قصور، لما علم من حال الفرج بن فضالة. والله أعلم. أما عبد الأعلى: فهو ابن عدي البهران. ترجمه البخاري في التاريخ الكبير (3/ 2/ 72) وابن أبي حاتم في الجرح (3/ 1/ 25) ولم يذكرا فيه جرحا ولا تعديلاً فهو مجهول الحال وإن ذكره ابن حبان في الثقات (5/ 129) على قاعدته المعروفة. ولذلك قال الحافظ في الفتح (13/ 319) : إسناده ضعيف. وكذا قال في التلخيص (4/ 180) .
وهناك سبب آخر موجب لضعفه. وهو الاختلاف في سنده. فأخرجه الدارقطني (4/ 203) والحاكم (4/ 88) من طريق فرج بن فضالة عن محمد بن عبد الأعلى بن عدي عن أبيه عن عبد الله بن عمرو. قال صلى الله عليه وسلم لعمرو بن العاص: اقض بينهما. قال: وأنت هاهنا يا رسول الله؟ قال: نعم. قال: على ما أقضى؟ قال: إن اجتهدت فأصبت لك عشرة أجور وإن اجتهدت فأخطأت فلك أجر واحد. واللفظ للدارقطني.
وقد رواه عن فرج عامر بن إبراهيم الأنبا ري ويزيد بن هارون.ووجه الاختلاف أنه جعله من مسند عبد الله بن عمرو ثم وجه آخر من الاختلاف في سنده.
أخرجه أحمد (4/ 205) والدارقطني (4/ 203) من طريق فرج بن فضالة عن ربيعة بن يزيد، عقبه بن عامر مرفوعاً بمثله. وقد رواه عن الفرج يزيد بن هارون وهاشم بن القاسم ومحمد بن الفرج بن فضالة. قال الحافظ الهيثمي (4/ 195) : رجاله رجال الصحيح.
وهي غفلة منه رحمه الله وفرج بن فضالة لم يخرج له أحد من الشيخين لا أصلاً، ولا استشهاداً. وله طريق آخر إلى عقبة بن عامر. يرويه حفص بن سليمان، عن كثير بن شنظير، عن أبي العالية، عن عقبة به. أخرجه الطبراني في الصغير (1/ 51) وقال: لم يروه عن ابن شنظير إلا حفص، ولا يروي عن عقبة إلا بهذا إسناد.
قلت: وسنده ضعيف جداً، وحفص بن سليمان متروك بل كذبة ابن خراش. وعندي أن الاختلاف في سند الحديث هو من فرج بن فضالة لأن كل من روى ثقات على كلام في بعضهم.
وفي كلام الطبراني ما يدل على أن الحديث لا يعرف عن عقبة بن عامر من طريق الفرج هذا. إنما هو خطأ منه. والله أعلم.

Munkar. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ahmad (4/205), katanya Abu al-Nadhr telah menceritakan kepada kami, katanya al-Farj telah menceritakan kepada kami, katanya Muhammad bin ‘Abd al-A’la telah menceritakan kepada kami daripada ayahnya daripada Abd Allah bin ‘Amr daripada ‘Amr bin al-‘As, katanya: Dua orang yang bertengkar kemudian telah datang bertemu Rasulullah SAW, lalu Baginda SAW bersabda kepada ‘Amr: "Putuskanlah hukuman antara mereka berdua, wahai ‘Amr!". ‘Amr berkata: "Anda lebih layak untuk memutuskan berbanding saya, wahai Rasulullah!". Sabda Baginda SAW: "Meskipun begitu". ‘Amr bertanya: "Sekiranya aku memutuskan hukuman antara mereka berdua, maka apa yang aku perolehi?". Baginda SAW menjawab: "Sekiranya engkau memutuskan hukuman….".
Saya berkata: Sanad ini dha’if. Al-Faraj adalah Ibn Fudhalah, majoriti ulama menilai beliau sebagai dha’if. Manakala, Muhammad bin ‘Abd al-A’la, saya tidak menemui biografi beliau, hinggakan dalam kitab al-Ta’jil pun, sedangkan perawi tersebut selari dengan syarat kitab itu. Boleh jadi, beliaulah perawi yang dimaksudkan oleh al-Hafiz al-Haythami RH ketika beliau berkata dalam al-Majma’ (4/195): "Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tabarani dalam al-Kabir. Dalam sanadnya terdapat perawi yang saya tidak kenali".
Saya berkata: Ungkapan beliau begitu ringkas, sebagaimana telah diketahui berkenaan status al-Faraj bin Fudhalah. Wallahua’lam. Adapun ‘Abd al-A’la pula, beliau adalah Ibn ‘Adi al-Bahran.
Al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir (3/2/72) dan Ibn Abi Hatim dalam al-Jarh (3/1/25) telah membuat biografi ‘Abd al-A’la, namun mereka berdua tidak menyebutkan samada kritikan mahupun pujian terhadap beliau. Oleh itu, beliau adalah Majhul al-Hal, sekalipun beliau telah disebutkan oleh Ibn Hibban dalam al-Thiqat (5/129) menurut kaedah beliau yang sudah diketahui.
Oleh kerana itulah, al-Hafiz berkata dalam al-Fath (13/319): "Sanadnya dha’if". Demikian juga kata beliau dalam al-Talkhis (4/180). Di sana terdapat sebab lain yang menjadikan hadith tersebut dha’if, iaitu berlaku perbezaan riwayat dalam sanadnya.
Al-Daraqutni (4/203) dan al-Hakim (4/88) telah mengeluarkannya melalui sanad Faraj bin Fudhalah daripada Muhammad bin ‘Abd al-A’la bin ‘Adi daripada ayahnya daripada Abd Allah bin ‘Amr, sabda Baginda SAW SAW kepada ‘Amr bin al-‘As: "Putuskanlah hukuman antara mereka berdua". ‘Amr berkata: "Dalam keadaan anda berada disini, wahai Rasulullah?". Baginda SAW menjawab: "Ya". ‘Amr bertanya lagi: "Untuk apa saya memutuskan hukuman?". Baginda SAW menjawab: "Sekiranya engkau berijtihad lalu engkau betul, maka engkau akan mendapat 10 pahala. Namun, jika engkau berijtihad lalu tersilap, maka engkau mendapat satu pahala". Lafaz hadith tersebut oleh al-Daraqutni. Hadith tersebut telah diriwayatkan daripada Faraj oleh ‘Amir bin Ibrahim al-Anbari dan Yazid bin Harun.
Bentuk perbezaannya adalah dia menjadikan hadith tersebut daripada Musnad ‘Abd Allah bin ‘Amr. Kemudian bentuk perbezaan yang lain pada sanad tersebut; Ahmad (4/205) dan al-Daraqutni (4/203) telah mengeluarkannya melalui sanad Faraj bin Fudhalah daripada Rabi’ah bin Yazid daripada ‘Uqbah bin ‘Amir secara marfu’ dengan lafaz semisalnya. Ianya telah diriwayatkan oleh Yazid bin Harun, Hashim bin al-Qasim dan Muhammad bin al-Faraj bin Fudhalah daripada al-Faraj.
Al-Haythami (4/195) berkata: "Para perawinya adalah perawi-perawi sahih". Ianya keterlupaan berpunca daripada al-Haythami r.h. Faraj bin Fudhalah tidak pernah dikeluarkan hadithnya oleh al-Bukhari dan Muslim, samada sebagai hadith usul atau sebagai hadith sokongan.
Hadith tersebut ada satu sanad lain sampai kepada ‘Uqbah bin ‘Amir. Hafs bin Sulayman meriwayatkannya daripada Kathir bin Shinzir daripada Abu al-‘Aliyah daripada ‘Uqbah dengan sanadnya. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Saghir (1/51) seraya beliau berkata: "Tidak ada yang meriwayatkannya daripada Ibn Shinzir selain Hafs dan tidak ada yang meriwayatkannya daripada ‘Uqbah melainkan dengan sanad ini".
Saya berkata: Sanad ini terlalu dha’if. Hafs bin Sulayman seorang yang Matruk, bahkan Ibn Khirash menilai beliau sebagai pendusta. Bagi saya, perbezaan pada sanad hadith tersebut adalah berpunca daripada Faraj bin Fudhalah, kerana kesemua perawi yang meriwayatkan adalah thiqah, cuma sebahagian mereka ada perbahasan. Berdasarkan kalam al-Daraqutni, menunjukkan bahawa hadith tersebut tidak diketahui diriwayatkan daripada ‘Uqbah bin ‘Amir melalui sanad al-Faraj tersebut. Ianya suatu kesilapan yang berpunca daripada Faraj. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs