Ambillah sebahagian agama kamu daripada al-Humaira' ini

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خذوا شطر دينكم عن هذه الحميراء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ambillah sebahagian agamamu daripada al-Humaira’ ini.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 26, hadis nombor 135. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا أصل له.
قال السخاوي في المقاصد (432) : قال شيخنا يعني ابن حجر في تخريج أحاديث ابن الحاجب من إملائه: لا أعرف له إسناداً ولا رأيته في شيء من كتب الحديث إلا في النهاية لابن الأثير.كره في مادة ح م ر ولم يذكر من خرجه ورأيته أيضاً في كتاب الفردوس لكن بغير لفظه وذكره من حديث أنس أيضاً بغير إسناد. ولفظه: خذوا ثلث دينكم من بيت الحميراء. وبيض له صاحب مسند الفردوس فلم يخرج له إسناد. وذكر الحافظ عماد الدين ابن كثير أنه سأل الحافظين المزي والذهبي عنه، فلم يعرفاه. أهـ‍.
وقال الحافظ ابن كثير في تحفة الطالب (ق 6/ 2) : حديث غريب جداً بل هو منكر سألت عنه شيخنا الحافظ أبا الحجاج المزي فلم يعرفه وقال: لم أقف له على سند إلى الآن. وقال شيخنا أبو عبد الله الذهبي: هي من الأحاديث الواهية التي لا يعرف لها إسناد أهـ‍. وكذا قال الشيخ المحدث أبو الأشبال أحمد شاكر رحمه الله تعالى. وانظر كلمة الحق (ص 48- 49). وقال ابن القيم في المنار (ص- 23) : كل حديث فيه: يا حميراء أو ذكر الحميراء فهو كذب مختلق.
قلت: فيه نظر فقد قال الزركشي في الإجابة (ص 58). سألت شيخنا الحافظ عماد الدين ابن كثير رحمه الله. فقال: كان شيخنا حافظ الدنيا أبو الحجاج المزي رحمه الله يقول: كل حديث فيه ذكر الحميراء باطل إلا حديثنا في الصوم في سنن النسائي.
قال الزركشي: قلت: وحديث آخر في النسائي أيضاً عن أبي سلمة، قال: قالت عائشة: دخل الحبشة المسجد يلعبون. فقال لي: يا حميراء أتحبين أن تنظري إليهم…الحديث. وإسناده صحيح. أهـ‍. وقال الحافظ ابن حجر في الفتح (2/ 444) عن حديث لعب الحبشة: إسناده صحيح ولم أر في حديث صحيح ذكر الحميراء إلا في هذا.
قلت: فكأنه لم يطلع على قول أبي الحجاج المزي المتقدم. وأخرج الحاكم (3/ 119) من طريق الفضل بن دكين، ثنا عبد الجبار بن الورد، عن عمار الذهبي، سالم بن أبى الجعد عن أم سلمة رضي الله عنها قالت: ذكر النبي صلى الله عليه وآله وسلم خروج بعض أمهات المؤمنين، فضحكت عائشة. فقال: انظري يا حميراء. أن لا تكوني أنت ثم التفت إلى علي فقال: إن وليت من أمرها شيئاً، فارفق بها. قال الحاكم: صحيح على شرط الشيخين.
فتعقبه الذهبي بقوله عبد الجبار لم يخرجا له.
قلت: وكذا عمار الذهبي، لم يخرج له البخاري شيئاً. غير أني لم أقف على أحد أثبت رواية سالم عن أم سلمة، فالله أعلم، وعلى كل حال، ففي قلبي شيء من صحة هذا الخبر. والعلم عند الله تعالى.

Tidak ada asalnya. Al-Sakhawi berkata dalam al-Maqasid (432): "Guru kami iaitu Ibn Hajar berkata dalam takhrij hadith-hadith Ibn al-Hajib melalui salinan beliau: Saya tidak mengetahui hadith ini mempunya sanad, saya juga tidak menemui hadith itu dalam mana-mana kitab hadith, kecuali dalam al-Nihayah oleh Ibn al-Athir, beliau menyebutkannya dalam bahagian huruf al-Ha’, al-Mim, al-Ra’. Namun, Ibn Athir tidak pula menyebutkan siapakah yang telah mengeluarkan hadith tersebut. Saya juga melihatnya dalam Kitab al-Firdaws, namun bukan dengan lafaznya. Beliau juga menyebutkannya melalui hadith Anas tanpa sanad, lafaznya: "Ambillah satu pertiga ilmu agama kamu daripada rumah al-Humaira”, pun begitu penulis Musnad al-Firdaws telah meninggalkannya kosong tanpa menyebutkan sanadnya. Al-Hafiz ‘Imad al-Din Ibn Kathir menyebutkan bahawa beliau telah bertanya al-Hafiz al-Mizzi dan al-Hafiz al-Zahabi tentang hadith ini, namun mereka berdua tidak mengetahuinya".
Al-Hafiz Ibn Kathir berkata juga dalam Tuhfah al-Talib (hlm. 6/2): "Hadith yang sangat gharib, bahkan ianya munkar. Saya telah bertanya tentang hadith ini kepada guru kami al-Hafiz Abu al-Hajjaj al-Mizzi, namun beliau tidak mengetahuinya seraya berkata: ‘Sampai sekarang saya belum menemui sanadnya’. Guru kami Abu ‘Abdillah al-Zahabi juga berkata: ‘Ianya hadith-hadith yang lemah, lagi yang tidak diketahui sanadnya’." Demikian juga kata al-Syeikh al-Muhaddith Abu al-Ashbal Ahmad Shakir RH. Lihat Kalimah al-Haq (Hlm. 48-49). Ibn al-Qayyim berkata dalam al-Manar (hlmn 23): Setiap hadith yang di dalamnya ada disebutkan wahai Humaira’ atau menyebutkan Humaira, maka ianya dusta lagi rekaan.
Saya berkata: Kenyataan tersebut dipertikaikan. Al-Zarkashi berkata dalam al-Ijabah (hlm. 58): "Saya telah bertanya guru saya ‘Imad al-Din Ibn Kathir r.h, beliau menjawab: Guru kami Hafiz seluruh dunia Abu al-Hajjaj al-Mizzi r.h berkata: Setiap hadith yang disebutkan al-Humaira’ di dalamnya, maka ianya adalah batil kecuali satu hadith berkenaan puasa dalam Sunan al-Nasaie. Al-Zarkashi berkata: "Saya berkata: Satu hadith lain dalam al-Nasaie juga daripada Abu Salamah, katanya: ‘Aishah pernah berkata: ‘Sekumpulan orang Habshah pernah masuk ke Masjid Nabi bermain-main, lalu Baginda SAW bersabda kepadaku: ‘Wahai Humaira’! Tidak mahukah kamu melihat mereka. Sanadnya sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar berkata dalam al-Fath (2/444) berkenaan hadith sekumpulan orang Habshah telah bermain: "Sanadnya sahih, saya tidak melihat dalam satu hadith sahih yang menyebutkan perkataan al-Humaira’ selain hadith ini".
Saya berkata: Sepertinya al-Hafiz tidak melihat kepada kata-kata Abu al-Hajjaj al-Mizzi tadi. Ianya juga telah dikeluarkan oleh al-Hakim (3/119) melalui sanad al-Fadhl bin Dukain, katanya ‘Abd al-Jabbar bin al-Ward daripada ‘Ammar al-Zahabi daripada Salim bin Abi al-Ja’d daripada Ummu Salamah RA, katanya: Nabi SAW telah menyebutkan tentang keluarnya Ummahat al-Mu’minin (isteri-isteri Rasulullah SAW), lalu ‘Aishah pun ketawa. Baginda SAW pun bersabda: "Lihatlah, wahai Humaira’! Agar ianya bukan kamu". Kemudian Baginda SAW berpaling kepada ‘Ali lalu bersabda: "Sekiranya kamu dipertanggungjawabkan untuk menguruskan apa-apa urusannya (‘Aishah), maka berlembutlah dengannya".
Al-Hakim berkata: "Sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim". Al-Zahabi memberikan komentar terhadap al-Hakim, katanya: "Abd al-Jabbar tidak pernah hadithnya dikeluarkan oleh merek berdua".
Saya berkata: Begitu juga ‘Ammar al-Zahabi, al-Bukhari tidak pernah mengeluarkan mana-mana hadith beliau. Namun, saya belum menemui sesiapa pun yang thabitkan riwayat Salim daripada Ummu Salamah. Wallahua’lam. Apapun, hati saya merasakan sesuatu terhadap kesahihan hadith ini. Pengetahuan yang sebenar hanyalah di sisi Allah Ta’ala.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.