Jika tidak hamba-hamba Allah ruku’

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لو لا عباد الله ركع، وصبية رضع، وبهائم رتع، لصب عليكم العذاب صبا، ثم لرض رضا .

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika tidak hamba-hamba Allah ruku’, bayi-bayi menyusu, dan binatang ternakan meragut rumput, akan dicurahkan ke atas kamu azab dan dipukul (dengannya).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2026, hadis nombor 10190. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن مسافع الديلي مرفوعا: لو لا عباد الله ركع، وصبية رضع، وبهائم رتع، لصب عليكم العذاب صبا، ثم لرض رضا.
[طس، الدولابي، عد، هق، ((الضعيفة)) (4362)]

(Lemah)
Daripada Musafi’ al-Dili secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika tidak hamba-hamba Allah ruku’, bayi-bayi menyusu, dan binatang ternakan meragut rumput, akan dicurahkan ke atas kamu azab dan dipukul (dengannya)
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat, al-Dawlabi, al-Kamil, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4362]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.