TEKS BAHASA ARAB
لو كان المؤمن في جحر ضب لقيض الله له من يؤذيه .
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika seseorang mukmin berada di lubang biawak sekalipun, maka Allah akan menjadikan bagi dirinya orang yang menyakitinya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2026, hadis nombor 10189. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: لو كان المؤمن في جحر ضب لقيض الله له من يؤذيه.
[البزار، ابن شاهين، طس، القضاعي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4360)]
(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika seseorang mukmin berada di lubang biawak sekalipun, maka Allah akan menjadikan bagi dirinya orang yang menyakitinya.
[Riwayat al-Bazzar, Ibn Syahin, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat, al-Qada’i, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4360]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.