Sekiranya kamu melihat kepada ajal dan perjalanannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لو رأيتم الأجل ومسيره لأبغضتم الأمل وغروره، وما من أهل بيت إلا وملك الموت يتعاهدهم في كل يوم مرة، فمن وجده قد انقضى أجله قبض روحه، فإذا بكى أهله وجزعوا، قال: لم تبكون، ولم تجزعون؟ فوالله ما نقصت لكم عمرا، ولا حبست لكم رزقا، وما لي من ذنب، ولي إليكم عودة ثم عودة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya kamu melihat kepada ajal dan perjalanannya, nescaya kamu akan membenci cita-cita dan tipu dayanya, dan tidaklah ada ahli di dalam setiap rumah itu melainkan malaikat maut akan melihatnya sekali, sesiapa yang kamu lihat telah berakhir ajalnya maka dia telah mencabut nyawanya. Sekiranya ahli keluarganya menangis dan takut, dia bertanya: Kenapa kamu menangis? Dan kenapa kamu bimbang? Demi Allah, aku tidak memendekkan umurmu walau sedikit pun, begitu juga aku tidak menahan rezeki untukmu, dan aku tidak melakukan dosa, kepada kamu semua aku akan kembali kemudian akan kembali.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2025, hadis nombor 10187. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن زيد بن ثابت – رضي الله عنه – مرفوعا: لو رأيتم الأجل ومسيره لأبغضتم الأمل وغروره، وما من أهل بيت إلا وملك الموت يتعاهدهم في كل يوم مرة، فمن وجده قد انقضى أجله قبض روحه، فإذا بكى أهله وجزعوا، قال: لم تبكون، ولم تجزعون؟ فوالله ما نقصت لكم عمرا، ولا حبست لكم رزقا، وما لي من ذنب، ولي إليكم عودة ثم عودة.
[القضاعي، ((الضعيفة)) (4358)]

(Lemah)
Daripada Zaid bin Thabit RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya kamu melihat kepada ajal dan perjalanannya, nescaya kamu akan membenci cita-cita dan tipu dayanya, dan tidaklah ada ahli di dalam setiap rumah itu melainkan malaikat maut akan melihatnya sekali, sesiapa yang kamu lihat telah berakhir ajalnya maka dia telah mencabut nyawanya. Sekiranya ahli keluarganya menangis dan takut, dia bertanya: Kenapa kamu menangis? Dan kenapa kamu bimbang? Demi Allah, aku tidak memendekkan umurmu walau sedikit pun, begitu juga aku tidak menahan rezeki untukmu, dan aku tidak melakukan dosa, kepada kamu semua aku akan kembali kemudian akan kembali.
[Riwayat al-Qada’i. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4358]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.