Jika sekiranya kamu mengetahui apa yang ada di dunia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لو تعلمون من الدنيا ما أعلم، لاستراحت أنفسكم منها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika sekiranya kamu mengetahui apa yang ada di dunia seperti mana aku tahu, maka nescaya jiwa kamu akan tenang dan selamat daripadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2025, hadis nombor 10186. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عروة بن الزبير عن أبيه – رضي الله عنه – مرفوعا و عن عروة مرسلا: لو تعلمون من الدنيا ما أعلم، لاستراحت أنفسكم منها.
[ابن شمعون الواعظ في ((الأمالي))،ك، ((الضعيفة)) (4356)]

(Lemah)
Daripada ‘Urwah bin al-Zubair dari ayahnya RA secara marfu’ dan dari ‘Urwah secara mursal: Jika sekiranya kamu mengetahui apa yang ada di dunia seperti mana aku tahu, maka nescaya jiwa kamu akan tenang dan selamat daripadanya.
[Riwayat Ibn Sham’un al-Wa’iz dalam al-Amali, Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4356]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.