Jika kamu mengetahui Allah dengan sebenar mengenalnya

TEKS BAHASA ARAB

لو عرفتم الله حق معرفته، لعلمتم العلم الذي ليس معه به جهل، ولو عرفتم الله حق معرفته، لزالت الجبال بدعائكم، وما أوتي أحد من اليقين شيئا إلا ما لم يؤت منه أكثر مما أوتي، فقال معاذ بن جبل: ولا أنت يا رسول الله؟ فقال: ولا أنا .قال معاذ: فقد بلغنا أن عيسى ابن مريم –عليه السلام- كان يمشي على الماء، فقال رسول الله ﷺ: ولو ازداد يقينا لمشى على الهواء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kami mengetahui Allah dengan hak-hak untuk mengenalnya, maka kamu akan dapat mengetahui bahawa semua pengetahuan ilmu itu tiada yang jahil ataupun sesat, dan jika kamu mengetahui Allah dengan hak-hak untuk mengenalnya, sehinggakan gunung-gunung akan berdoa kepadamu dan tidak ada seorang pun yang akan pasti adakah dia akan dapat kurnia yang lebih daripada ini atau kurang daripada ini yakni yang dia sudah ada sekarang, maka Muadz bin Jabal berkata: Tidak juga kamu wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah: Ya, tidak juga saya. Muadz berkata: Kami diberitahu bahawa Isa putera Maryam dapat dan mampu berjalan di atas air, maka sabda Rasulullah SAW: Sekiranya dia menambahkan lagi keyakinan yang ada pada dirinya, maka dia juga mampu berjalan di atas udara.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2026, hadis nombor 10188. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن وهيب المكي، قال: قال رسول الله ﷺ: لو عرفتم الله حق معرفته، لعلمتم العلم الذي ليس معه به جهل، ولو عرفتم الله حق معرفته، لزالت الجبال بدعائكم، وما أوتي أحد من اليقين شيئا إلا ما لم يؤت منه أكثر مما أوتي، فقال معاذ بن جبل: ولا أنت يا رسول الله؟ فقال: ولا أنا. قال معاذ: فقد بلغنا أن عيسى ابن مريم –عليه السلام- كان يمشي على الماء، فقال رسول الله ﷺ: ولو ازداد يقينا لمشى على الهواء.
[البيهقي في ((الزهد الكبير))، حل، ((الضعيفة)) (4357)]

(Munkar)
Daripada Wuhaib al-Makki, berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu mengetahui Allah dengan sebenar mengenalnya, maka kamu akan dapat mengetahui ilmu yang tiada jahil bersamanya, dan jika kamu mengetahui Allah dengan sebenar mengenalnya, gunung-gunung akan hancur dengan doa kamu dan tidak ada seorang pun yang diberikan keyakinan melainkan apa yang tidak diberikan kepadanya lebih banyak daripada apa yang diberikan padanya. Maka Muadz bin Jabal berkata: Tidak juga kamu wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah: Ya, tidak juga saya. Muadz berkata: Kami diberitahu bahawa Isa putera Maryam mampu berjalan di atas air, maka sabda Rasulullah SAW: Sekiranya dia menambahkan lagi keyakinan yang ada pada dirinya, maka dia mampu berjalan di atas udara.

[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Zuhd Kabir, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4357]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs