Sekiranya Allah mahu menciptakan makhluk untuk menjadi pemerintah

TEKS BAHASA ARAB

إذا أراد الله أن يخلق خلقا للخلافة، مسح على ناصيته بيمينه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya Allah mahu menciptakan makhluk untuk menjadi pemerintah, maka Dia akan menyapu ke atas ubun-ubunnya dengan tangan kanan-Nya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 829, hadis nombor 4256. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا أراد الله أن يخلق خلقا للخلافة، مسح على ناصيته بيمينه)).
[عق، عد، خط، فر، ((الضعيفة)) (2218)]

(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya Allah mahu menciptakan makhluk untuk menjadi pemerintah, maka Dia akan menyapu ke atas ubun-ubunnya dengan tangan kanan-Nya.
[Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tarikh Baghdad dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2218]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs