Haramkan dirimu daripada bauan makanan

TEKS BAHASA ARAB

احرموا أنفسكم طيب الطعام، فإنما قوي الشيطان أن يجري في العروق بها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Haramkan dirimu daripada bauan makanan, kerana sesungguhnya ia menguatkan syaitan untuk mengalir melalui saluran darah dengannya (bau).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 597, hadis nombor 3083. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((‌احرموا أنفسكم طيب الطعام، فإنما قوي الشيطان أن يجري في العروق بها)). [القزويني في ((الأمالي))، ابن الزيات في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (1879)]

(Palsu) Daripada Aishah RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Haramkan dirimu daripada bauan makanan, kerana sesungguhnya ia menguatkan syaitan untuk mengalir melalui saluran darah dengannya (bau).)) [Diriwayatkan oleh al-Qazwani dalam Kitab al-Amali dan Ibn al-Zayyat dalam Hadith beliau. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1879].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs