Jika seseorang penguasa itu mendidih kemarahan, maka syaitan akan menguasainya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا استشاط السلطان، تسلط الشيطان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika seseorang penguasa itu mendidih kemarahan, maka syaitan akan menguasainya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 829, hadis nombor 4257. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عطية السعدي -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا استشاط السلطان، تسلط الشيطان)).
[حم، ابن عساكر، القضاعي، ((الضعيفة)) (2318)]

(Lemah) Daripada ‘Aṭiyyah al-Sa’dī RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika seseorang penguasa itu mendidih kemarahan, maka syaitan akan menguasainya.
[Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq dan al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2318]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.