Andai aku mendapati ibu bapaku atau salah seorang daripada mereka sedangkan aku sedang solat isyak

TEKS BAHASA ARAB

لو أدركت والدي أو أحدهما وأنا في صلاة العشاء – وقد قرأت فيها بفاتحة الكتاب – ينادي: يا محمد! لأجبته: لبيك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Andai aku mendapati ibu bapaku atau salah seorang daripada mereka sedangkan aku sedang solat isyak, padahal aku telahpun membaca surah al-Fatihah padanya, kemudian dia memanggil: “Wahai Muhammad!” Nescaya aku akan menyahutnya: “Aku sambut panggilanmu”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 340, hadis nombor 1783. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن طلق بن علي – رضي الله عنه – قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: ((لَوْ أَدْرَكْتُ وَالِدَيّ أَو أَحَدَهُمَا وَأَنَا فِي صَلَاةِ الْعِشَاءِ – وَقَدْ قَرَأْتُ فِيهَا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ – يُنَادِي: يَا مُحَمَّدُ! لَأَجَبْتُهُ: لبَّيْكَ)). [هب، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6275)].

(Palsu) Daripada Talq bin Ali RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Andai aku mendapati ibu bapaku atau salah seorang daripada mereka sedangkan aku sedang solat isyak, padahal aku telahpun membaca surah al-Fatihah padanya, kemudian dia memanggil: “Wahai Muhammad!” Nescaya aku akan menyahutnya: “Aku sambut panggilanmu”. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu’at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6275].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs