TEKS BAHASA ARAB
إنكم ستبتلون في أهل بيتي من بعدي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya kamu akan diuji pada ahli baitku (keturunan Rasulullah SAW) selepas kewafatanku.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1329, hadis nombor 6785. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عمارة بن يحيى بن خالد بن عرفطة، قال: كنا عند خالد بن عرفطة يوم قتل الحسين بن علي رضي الله عنه، فقال لنا خالد: هذا ما سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إنكم ستبتلون في أهل بيتي من بعدي.
[البزار، طب، ((الضعيفة)) (3212)]
(Lemah)
Daripada ‘Umarah bin Yahya bin Khalid bin ‘Urfutah telah berkata: Kami pernah berada bersama Khalid bin ‘Urfutah pada hari pembunuhan al-Husain bin ‘Ali RA, Khalid pun berkata kepada kami: Kejadian ini adalah apa yang aku telah dengar daripada Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya kamu akan diuji pada ahli baitku (keturunan Rasulullah SAW) selepas kewafatanku.
[Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3212]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.