Inilah sifat Tuhanku Azza wa Jalla, yang Agung serta Maha Tinggi lagi Maha Besar

TEKS BAHASA ARAB

هذه صفة ربي عز وجل وتقدس علواً كبيراً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Inilah sifat Tuhanku Azza wa Jalla, yang Agung serta Maha Tinggi lagi Maha Besar.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1519, hadis nombor 7730. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- : أن اليهود جاءت إلى النبي – صلى الله عليه وسلم – منهم كعب بن الأشرف، وحيي بن أخطب -، فقالوا: يا محمد! صف لنا ربك الذي بعثك، فأنزل الله -عز وجل- : (قل هو الله أحد. الله الصمد. لم يلد) : فيخرج منه، (ولم يولد) : فيخرج من شيء، (ولم يكن له كفواً أحد) : ولا شبه، فقال: ((هذه صفة ربي عز وجل وتقدس علواً كبيراً)). [البيهقي في ((الأسماء والصفات))، ((الضعيفة)) (5206)].

(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Sesungguhnya orang-orang yahudi datang kepada Nabi SAW – di antaranya adalah Ka’b Bin al-Ashraf dan Huyay Bin Akhtab – mereka berkata: Wahai Muhammad! Gambarkan kepada kami tuhanmu yang telah mengutusmu. Maka Allah Azza wa Jalla menurunkan ayat yang berikut, firman Allah SWT: ‘Katakanlah Dialah Allah yang Maha Esa. Allah lah yang menjadi tempat bergantung. Dia tidak beranak (iaitu tidak keluar daripada-Nya) Dan Dia tidak diperanakkan (iaitu dikeluarkan daripada sesuatu), Dan tidak ada sesiapa pun yang sama dengan-Nya (tidak serupa dengan-Nya).’ (Al-Ikhlas: 1-4) Lalu Baginda berkata: Inilah sifat Tuhanku Azza wa Jalla, yang agung serta Maha tinggi lagi Maha Besar. [Riwayat al-Baihaqi di dalam al-Asma wa al-Sifat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5206].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.