Seburuk-buruk tempat duduk ialah pasar dan jalanan

TEKS BAHASA ARAB

شر المجالس الأسواق والطرق، وخير المجالس المساجد، فإن لم تجلس في المسجد، فالزم بيتك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seburuk-buruk tempat duduk ialah pasar dan jalanan. Dan sebaik-baik tempat duduk ialah masjid. Jika kamu tidak duduk di masjid, maka tetaplah dalam rumah kamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2010, hadis nombor 10084. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن واثلة بن الأسقع – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: شر المجالس الأسواق والطرق، وخير المجالس المساجد، فإن لم تجلس في المسجد، فالزم بيتك.
[طب، ((الضعيفة)) (2609)]

(Palsu)
Daripada Wathilah bin al-Asqa’ RA berkata: Rasulullah SAW berkata: Seburuk-buruk tempat duduk ialah pasar dan jalanan. Dan sebaik-baik tempat duduk ialah masjid. Jika kamu tidak duduk di masjid, maka tetaplah dalam rumah kamu.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabeer. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2609]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs