Setiap bangunan adalah binasa atas pemiliknya

TEKS BAHASA ARAB

كل بنيان وبال على صاحبه إلا ما كان هكذا – وأشار بكفه – وكل علم وبال على صاحبه يوم القيامة إلا من عمل به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap bangunan adalah binasa atas pemiliknya kecuali yang begini – sambil mengisyaratkan dengan tapak tangannya – dan setiap ilmu adalah binasa atas pemiliknya pada hari Kiamat kecuali yang beramal dengannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2010, hadis nombor 10085. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن واثلة بن الأسقع – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: كل بنيان وبال على صاحبه إلا ما كان هكذا – وأشار بكفه – وكل علم وبال على صاحبه يوم القيامة إلا من عمل به.
[طب، ((الضعيفة)) (2608)]

(Sangat lemah)
Daripada Wathilah bin al-Asqa’ RA berkata: Rasulullah SAW berkata: Setiap bangunan adalah binasa atas pemiliknya kecuali yang begini – sambil mengisyaratkan dengan tapak tangannya – dan setiap ilmu adalah binasa atas pemiliknya pada hari Kiamat kecuali yang beramal dengannya.
[Diriwayatkan oleh al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabeer. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2608]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs