TEKS BAHASA ARAB
الدنيا سجن المؤمن وسنته، فإذا فارق الدنيا فارق السجن والسنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dunia itu penjara orang beriman dan kesengsaraannya. Apabila dia berpisah dengan dunia, dia berpisah dengan penjara dan kesengsaraan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2010, hadis nombor 10083. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعا: الدنيا سجن المؤمن وسنته، فإذا فارق الدنيا فارق السجن والسنة.
[ابن المبارك في ((ذم الدنيا)) ك، حم، حل، ((الضعيفة)) (2536)]
(Lemah)
Daripada Abdullah bin Amru RHuma secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Dunia itu penjara orang beriman dan kesengsaraannya. Apabila dia berpisah dengan dunia, dia berpisah dengan penjara dan kesengsaraan.
[Riwayat ibn al-Mubarak dalam Dzam al-Dunia, Mustadrak al-Hakim, Musnad Ahmad, Hilyah oleh Abu Nu’aim. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2536]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.