TEKS BAHASA ARAB
خير الدعاء الاستغفار، وخير العبادة قول لا إله إلا الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sebaik-baik doa adalah istighfar dan sebaik-baik ibadah adalah mengucapkan kalimah Lailahaillallah.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 472, hadis nombor 2535. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((خير الدعاء الاستغفار، وخير العبادة قول لا إله إلا الله)). [فر، ((الضعيفة)) (3563)]
(Palsu)
Daripada Ali Bin Abu Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik doa adalah istighfar dan sebaik-baik ibadah adalah mengucapkan kalimah Lailahaillallah.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3563]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.