Sebaik-baik umat Islam adalah orang-orang yang bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Nabi Muhamad SAW adalah utusan-Nya

TEKS BAHASA ARAB

خيار أمتي؛ الذين يشهدون أن لا إله إلا الله وأني رسول الله، والذين إذا أحسنوا استبشروا، وإذا أساءوا استغفروا، وشرار أمتي الذين ولدوا في النعيم وغذوا به، وإنما نهمتهم ألوان الطعام والثياب، ويتشدقون في الكلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik orang dalam kalangan umatku; orang-orang yang bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya aku utusan Allah, dan orang-orang yang bergembira apabila mereka membuat amal kebaikan, dan orang-orang yang memohon keampunan apabila melakukan dosa. Manakala, seburuk-buruk umatku ialah orang-orang yang dilahirkan dalam limpahan nikmat dan telah mengecapinya, namun demikian mereka masih tidak berpuas hati dengan pelbagai warna (dan jenis) makanan dan pakaian mereka, dan mereka menjerit-jerit ketika bercakap (dalam keadaan sombong).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 472, hadis nombor 2534. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عروة بن رويم اللخمي مرفوعا: ((خيار أمتي؛ الذين يشهدون أن لا إله إلا الله وأني رسول الله، والذين إذا أحسنوا استبشروا، وإذا أساءوا استغفروا، وشرار أمتي الذين ولدوا في النعيم وغذوا به، وإنما نهمتهم ألوان الطعام والثياب، ويتشدقون في الكلام)). [حل، عبدالغني المقدسي في ((الثالث والتسعين من تخريجه))، ((الضعيفة)) (3558)]

(Lemah)
Daripada ‘Urwah bin Ruaim al-Lakhmi secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik orang dalam kalangan umatku; orang-orang yang bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya aku utusan Allah, dan orang-orang yang bergembira apabila mereka membuat amal kebaikan, dan orang-orang yang memohon keampunan apabila melakukan dosa. Manakala, seburuk-buruk umatku ialah orang-orang yang dilahirkan dalam limpahan nikmat dan telah mengecapinya, namun demikian mereka masih tidak berpuas hati dengan pelbagai warna (dan jenis) makanan dan pakaian mereka, dan mereka menjerit-jerit ketika bercakap (dalam keadaan sombong).
[Riwayat Abu Nu‘aym dalam Hilyat al-Awliya', dan Abdul Ghani al-Maqdisi dalam al Thalith wa Tis’in min Takhrijihi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3558]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.