Barangsiapa yang hatinya diresapi kecintaan kepada dunia

TEKS BAHASA ARAB

من أشرب قلبه حب الدنيا التاط منها بثلاث : شقاء لا ينفذ عناه ، وحرص لا يبلغ غناه ، وأمل لا يبلغ منتهاه ، فالدنيا طالبة ومطلوبة ، فمن طلب الدنيا ، طلبته الآخرة حتى يأتيه الموت فيأخذه ، ومن طلب الآخرة ، طلبته الدنيا حتى يستوفي منها رزقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang hatinya diresapi kecintaan kepada dunia maka dia akan menghadapi tiga perkara: Kesusahan yang tidak ada pertolongan penjagaan, keinginan yang tidak mencapai kecukupannya, dan harapan yang tidak mencapai tujuannya. Kerana dunia adalah penuntut dan yang dituntut. Maka barang siapa yang menuntut dunia, akhirat menuntutnya sehingga kematian datang kepadanya lalu mengambilnya, dan barang siapa menuntut akhirat, dunia menuntutnya sehingga ia mencukupkan daripadanya rezekinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 646, hadis nombor 3344. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن عبدالله بن مسعود -رضي الله عنه-، قال: قالﷺ : «من أشرب قلبه حب الدنيا التاط منها بثلاث: شقاء لا ينفذ عناه، وحرص لا يبلغ غناه، وأمل لا يبلغ منتهاه، فالدنيا طالبة ومطلوبة، فمن طلب الدنيا؛ طلبته الآخرة حتى يأتيه الموت فيأخذه، ومن طلب الآخرة؛ طلبته الدنيا حتى يستوفي منها رزقه».[طب، حل، الشجري، «الضعيفة» (6650)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang hatinya diresapi kecintaan kepada dunia maka dia akan menghadapi tiga perkara: Kesusahan yang tidak ada pertolongan penjagaan, keinginan yang tidak mencapai kecukupannya, dan harapan yang tidak mencapai tujuannya. Kerana dunia adalah penuntut dan yang dituntut. Maka barang siapa yang menuntut dunia, akhirat menuntutnya sehingga kematian datang kepadanya lalu mengambilnya, dan barang siapa menuntut akhirat, dunia menuntutnya sehingga ia mencukupkan daripadanya rezekinya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, Abu Nu‘aim dalam al-Hilyah dan al-Shajari. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6650]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs