Sang ular cinta telah mematuk hati aku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: لسعت حية الهوى كبدي فلا طبيب لها ولا راقي إلا الحبيب الذي شغفت به فإنه علتي وترياقي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Sang ular cinta telah mematuk hati aku… Tiada baginya doktor mahupun tukang jampi yang boleh menyembuhkannya… Melainkan hanya kekasih hati yang aku cintainya… Hanya kekasih sahaja yang mampu menjampinya dan terkandungnya azimat untuk aku."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 146, hadis nombor 425. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أخرجه الديلمي من حَدِيث أنس، وَصَاحب العوارف أَنَّهُمَا أنشدا بِحَضْرَة النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم فتواجد حَتَّى وَقعت الْبردَة الشَّرِيفَة عَن كَتفيهِ، وتواجد أَصْحَابه، فَلَمَّا فرغوا آوى كل وَاحِد إِلَى مَكَانَهُ، ثمَّ قَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاة وَالسَّلَام: " لَيْسَ بكريم من لم يَهْتَز عِنْد السماع ". ثمَّ قسم الْبردَة على من حضر أَرْبَعمِائَة قِطْعَة: فَهَذَا كذب بِاتِّفَاق أهل الْعلم فِي الحَدِيث، وَمَا رُوِيَ فِي ذَلِك مَوْضُوع. قَالَ الذَّهَبِيّ: كَأَن وَاضعه عمار بن إِسْحَاق.

Hadith: “Sang ular cinta telah mematuk hati aku… Tiada baginya doktor mahupun tukang jampi yang boleh menyembuhkannya… Melainkan hanya kekasih hati yang aku cintainya… Hanya kekasih sahaja yang mampu menjampinya dan terkandungnya azimat untuk aku." Al-Dailami meriwayatkan daripada hadith Anas bin Malik, juga pengarang kitab al-‘Awarif bahawa dua orang berdua bernasyid di hadapan Nabi SAW. Lalu baginda Nabi Muhammad SAW tersentuh dengan bait syair yang telah didendangkan itu sehinggakan kain burdah nabi yang ada pada bahunya terjatuh daripada bahunya. Para sahabat turut tersentuh dengannya. Setelah selesai, mereka kembali ke tempat masing-masing. Lalu baginda bersabda: Bukanlah dikira sebagai pemurah orang yang tidak tersentuh ketika didendangkan nasyid. Kemudian baginda memotong burdah itu lalu dibahagikan kepada 400 orang yang hadir. Al-Zahabi berkata: Seakan-akan ia direka oleh ‘Ammar bin Ishaq.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.