Bermain dengan burung merpati boleh menyebabkan kefaqiran

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: اللعب بالحمام مجلبة للفقر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Bermain dengan burung merpati boleh menyebabkan kefaqiran".

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 146, hadis nombor 426. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: اللّعب بالحمام مجلبة للفقر. لَيْسَ بِحَدِيث، بل هُوَ معنى قَول إِبْرَاهِيم النَّخعِيّ: من لعب بالحمام الطيار لم يمت حَتَّى يَذُوق ألم الْفقر.

Hadith: “Bermain dengan burung merpati boleh menyebabkan kefaqiran". Ia bukan hadith, bahkan ia makna ucapan Ibrahim al-Nakha’ei: “Sesiapa yang bermain dengan burung merpati, maka dia tidak akan mati hinggalah dia merasakan kefaqiran”.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.