Apabila Allah berkehendak kepada sesuatu yang memudahkan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا أراد الله أمرا فيه لين أوحى به إلى الملائكة بالفارسية الدرية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Apabila Allah berkehendak kepada sesuatu yang memudahkan maka Dia mewahyukan kepada malaikat dalam bahasa Farsi yang indah.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 145, hadis nombor 424. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: لِسَان أهل الْجنَّة الْعَرَبيَّة، والفارسية الدرية. وَعند الديلمي: إِذا أَرَادَ الله أمرا فِيهِ لين أوحى بِهِ إِلَى الْمَلَائِكَة بالفارسية الدرية: وَكِلَاهُمَا مَوْضُوع.

Hadith: “Bahasa ahli syurga ialah bahasa Arab dan juga bahasa Farsi yang indah seperti permata.” Al-Dailami meriwayatkan: “Apabila Allah berkehendak kepada sesuatu yang memudahkan maka Dia mewahyukan kepada malaikat dalam bahasa Farsi yang indah.” kedua hadith diatas palsu.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.