Rasulullah SAW pernah memakai songkok putih

TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم يلبس قلنسوة بيضاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW pernah memakai songkok putih.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1050, hadis nombor 5366. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما: كان صلى الله عليه وسلم يلبس قلنسوة بيضاء. [عق، هب، أبو الشيخ في أخلاق النبي صلى الله عليه وسلم، ابن عساكر، الضعيفة (2538)]

[Lemah] Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau menceritakan, Rasulullah SAW pernah memakai songkok putih. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Du‘afa’ al-Kabir, al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman, Abu al-Shaikh dalam Akhlaq al-Nabi SAW dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2538]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.