‘Umar RA berjalan melintasi seorang lelaki yang sedang membaca sebuah buku

TEKS BAHASA ARAB

أن عمر رضي الله عنه مر برجل يقرأ كتابًا فاستمعه ساعة فاستحسنه، فقال: أتكتب لي من هذا الكتاب؟ قال: نعم. فاشترى أديمًا فهنأه. ثم جاء به إليه فنسخ له في ظهره وبطنه. ثم أتى بها النبي صلى الله عليه وسلم، فجعل يقرأ عليه وجعل النبي صلى الله عليه وسلم يتلون. فضرب رجل من الأنصار بيده الكتاب، وقال: ثكلتك أمك يا ابن الخطاب! ألا ترى إلى وجه رسول الله صلى الله عليه وسلم منذ اليوم وأنت تقرأ عليه هذا الكتاب؟! فقال النبي صلى الله عليه وسلم عند ذلك: إنما بعثت فاتحا وخاتما، وأعطيت جوامع الكلم وفواتحه، واختصر لي الحديث اختصارا، فلا يهلكنكم المتهوكون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

‘Umar RA berjalan melintasi seorang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. ‘Umar memasang telinga mendengarnya sebentar, lalu beliau menyukainya. Beliau berkata, “Bolehkah kamu salinkan buku ini untuk saya? Lelaki itu menjawab: Boleh.
Beliau membeli sehelai kulit, lalu menyerahkan kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut menyalinnya di bahagian depan dan belakang. Kemudian beliau membawanya kepada Nabi SAW dan membacanya kepada Baginda, sehingga berwarna wajah Baginda. Seorang lelaki daripada Ansar mengambil tulisan tersebut dan mencampakkannya, seraya berkata, Semoga ibumu kehilanganmu wahai Ibn al-Khattab! Tidakkah kamu nampak wajah Rasulullah sudah berubah ketika engkau engkau membacakan tulisan itu kepada Baginda?
Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya saya diutuskan sebagai pembuka dan penutup. Saya dikurniakan kata-kata yang pendek dan padat, kunci-kuncinya, serta diringkaskan hadis buatku seringkas-ringkasnya. Justeru janganlah biarkan orang-orang yang kehairanan membinasakan kalian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1049-1050, hadis nombor 5365. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي قلابة رضي الله عنه أن عمر رضي الله عنه مر برجل يقرأ كتابًا فاستمعه ساعة فاستحسنه، فقال: أتكتب لي من هذا الكتاب؟ قال: نعم. فاشترى أديمًا فهنأه. ثم جاء به إليه فنسخ له في ظهره وبطنه. ثم أتى بها النبي صلى الله عليه وسلم فجعل يقرأ عليه وجعل النبي صلى الله عليه وسلم يتلون. فضرب رجل من الأنصار بيده الكتاب وقال: ثكلتك أمك يا ابن الخطاب! ألا ترى إلى وجه رسول الله صلى الله عليه وسلم منذ اليوم وأنت تقرأ عليه هذا الكتاب؟! فقال النبي صلى الله عليه وسلم عند ذلك: إنما بعثت فاتحا وخاتما وأعطيت جوامع الكلم وفواتحه واختصر لي الحديث اختصارا فلا يهلكنكم المتهوكون. [الهروي في ذم الكلام، هب، عب، الضعيفة (2864)]

[Lemah] Daripada Abu Qilabah RA, bahawa ‘Umar RA berjalan melintasi seorang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. ‘Umar memasang telinga mendengarnya sebentar, lalu beliau menyukainya. Beliau berkata: Bolehkah kamu salinkan buku ini untuk saya? Lelaki itu menjawab: Boleh.
Beliau membeli sehelai kulit, lalu menyerahkan kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut menyalinnya di bahagian depan dan belakang. Kemudian beliau membawanya kepada Nabi SAW dan membacanya kepada Baginda, sehingga berwarna wajah Baginda. Seorang lelaki daripada Ansar mengambil tulisan tersebut dan mencampakkannya, seraya berkata, Semoga ibumu kehilanganmu wahai Ibn al-Khattab! Tidakkah kamu nampak wajah Rasulullah sudah berubah ketika engkau engkau membacakan tulisan itu kepada Baginda?
Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya saya diutuskan sebagai pembuka dan penutup. Saya dikurniakan kata-kata yang pendek dan padat, kunci-kuncinya, serta diringkaskan hadis buatku seringkas-ringkasnya. Justeru janganlah biarkan orang-orang yang kehairanan membinasakan kalian. [Riwayat al-Harawi dalam Zamm al-Kalam, ‘Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf dan al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2864]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs