Seseorang bertanya kepada Baginda, apakah yang dimaksudkan dengan kedudukan yang terpuji?

TEKS BAHASA ARAB

قيل له: ما المقام المحمود؟ قال: ذاك يوم ينزل الله تعالى على كرسيه يئط كما يئط الرحل الجديد من تضايقه به وهو كسعة ما بين السماء والأرض ويجاء بكم حفاة عراة غرلا فيكون أول من يكسى إبراهيم يقول الله تعالى: اكسوا خليلي فيؤتى بريطتين بيضاوين من رياط الجنة ثم أكسى على أثره ثم أقوم عن يمين الله مقاما يغبطني الأولون والآخرون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang bertanya kepada Baginda: Apakah yang dimaksudkan dengan kedudukan yang terpuji?” Baginda SAW menjawab: Pada hari Allah SWT turun atas Kerusi-Nya, berkeriut Kerusi seperti berkeriut pelana yang baru dipasang. Ia seluas langit dan bumi. Kalian didatangkan dalam keadaan berkaki ayam, bertelanjang, berkulup. Manusia pertama yang diberi pakaian adalah Ibrahim. Allah SWT berfirman: Pasangkan pakaian buat kekasih-Ku. Lalu dibawa dua pasang kain lembut lagi putih, dari syurga. Kemudian baki pakaian tersebut dipakaikan kepadaku. Lalu saya berdiri di sebelah kanan Allah, sebuah kedudukan yang dicemburui orang-orang dahulu dan kemudian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1050, hadis nombor 5368. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن مسعود رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: قيل له: ما المقام المحمود؟ قال: ذاك يوم ينزل الله تعالى على كرسيه يئط كما يئط الرحل الجديد من تضايقه به وهو كسعة ما بين السماء والأرض، ويجاء بكم حفاة، عراة غرلا فيكون أول من يكسى إبراهيم، يقول الله تعالى: اكسوا خليلي فيؤتى بريطتين بيضاوين من رياط الجنة، ثم أكسى على أثره ثم أقوم عن يمين الله مقاما يغبطني الأولون والآخرون. [الدارمي، الضعيفة (2640)]

[Lemah] Daripada Ibn Mas‘ud RA, daripada Nabi SAW, seseorang bertanya kepada Baginda, Apakah yang dimaksudkan dengan kedudukan yang terpuji? Baginda SAW menjawab: Pada hari Allah SWT turun atas Kerusi-Nya, berkeriut Kerusi seperti berkeriut pelana yang baru dipasang. Ia seluas langit dan bumi. Kalian didatangkan dalam keadaan berkaki ayam, bertelanjang, berkulup. Manusia pertama yang diberi pakaian adalah Ibrahim. Allah SWT berfirman: Pasangkan pakaian buat kekasih-Ku. Lalu dibawa dua pasang kain lembut lagi putih, dari syurga. Kemudian baki pakaian tersebut dipakaikan kepadaku. Lalu saya berdiri di sebelah kanan Allah, sebuah kedudukan yang dicemburui orang-orang dahulu dan kemudian. [Riwayat al-Darimi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2640]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs