Janganlah kamu membuang air kecil ke dalam lubang

TEKS BAHASA ARAB

لاَ يَبولنَّ أحَدكُم في الجُحرِ. قِيل لِقَتادَةَ: مَا تَكرهُ مِنَ البَولِ فِي الجُحرِ؟ قَالَ يُقالُ إِنَّها مَساكِنُ الجِنِّ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu membuang air kecil ke dalam lubang. Qatadah ditanya : Mengapa ditegah membuang air kecil dalam lubang?. Qatadah menjawab: Dikatakan bahawa ianya adalah tempat tinggal jin.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 171-172, hadis nombor 159. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود (1/ 51- عون) والنسائي (1/ 33- 34) وأحمد (5/ 82) وابن الجارود في المنتقى (34) والحاكم (1/ 186) والبيهقي (1/ 99) والبغوي في شرح السنة (1/ 385) من طريق معاذ بن هشام عن أبيه عن قتادة عن عبد الله بن سرجس مرفوعا فذكره. قال الحاكم: هذا حديث صحيح على شرط الشيخين ووافقه الذهبي.
قلت: لا، فقد ذكر ابن أبي حاتم بن حنبل قال: ما أعلم قتادة روى عن أحد الصحابة غير أنس. قيل: فابن سرجس؟ فكأنه لم يره سماعا. وخالف في ذلك أبو زرعة وأبو حاتم – كما في المراسيل (ص -175) .
قال أبو حاتم: لم يلق أحدا من الصحابة غير أنس وابن سرجس. وأفاد الحافظ في التلخيص (1/ 116) أنه صحيح سماع قتادة من ابن سرجس: علي بن المديني وابن خزيمة وابن السكن. وهو اختيار الحافظ العراقي – كما في زهر الربي (1/ 33) أما الحاكم فقد اختلف رأيه.
فقال في علوم الحديث (ص- 111) : لم يسمع من صحأبي غير أنس. ثم قال في المستدرك عقب تخريجه لهذا الحديث: ولعل متوهما يتوهم أن قتادة لم يذكر سماعا من عبد الله بن سرجس وليس هذا بمستبعد الأصل: بمستبدع فقد سمع قتادة من جماعة من الصحابة لم يسمع منهم عاصم بن سليمان الأحول، وقد احتج مسلم بحديث عاصم عن عبد الله بن سرجس. وهو من ساكني البصرة أهـ‍.
قلت: الذي يظهر أن قتادة سمع من ابن سرجس في الجملة، فقد كانا متعاصرين كما يفهم من كلام أبي حاتم السابق. ولكن قتادة مدلس كما قال غير واحد، حتى قال ابن جرير في مواضع من تهذيب الآثار أنه مشهور بالتدليس عندهم. وقد تقرر في الأصول أن المدلس إذا عنعن عن شيخ له، لا يرتاب أحد في أنه يروي عنه، فأنه لا يقبل منه، لاحتمال أنه دلسه عنه، فكيف إذا كان في سماعه من شيخه اختلاف؟

Dha’if. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Abu Daud (1/51- ‘Awn), al-Nasa’ei (1/33-34), Ahmad (5/82), Ibn al-Jarud dalam al-Muntaqa (34), al-Hakim (1/186), al-Baihaqi (1/99), dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (1/385) melalui sanad Mu’az bin Hisham daripada ayahnya daripada Qatadah daripada Abdullah bin Sarjis secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Al-Hakim berkata: "Hadith ini berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim", dan dipersetujui oleh al-Zahabi.
Saya berkata: Tidak, Ibn Abi Hatim bin Hanbal telah menyebutkan, katanya: "Tidak aku ketahui bahawa Qatadah pernah meriwayatkan daripada mana-mana sahabat selain Anas". Dikatakan: "Lalu Ibn Sarjis?". Jawab beliau: "Sepertinya Qatadah tidak pernah melihatnya untuk mendengar hadith". Abu Zur’ah dan Abu Hatim berbeza pandangan dalam hal itu sebagaimana dalam al-Marasil (hlmn 175). Abu Hatim berkata: "Qatadah tidak pernah bertemu mana-mana sahabat selain Anas dan Ibn Sarjis". Al-Hafiz juga menyebutkan faedah dalam al-Talkhis (1/116) bahawa sahih Qatadah mendengar hadith daripada Ibn Sarjis menurut ‘Ali al-Madini, Ibn Khuzaimah dan Ibn al-Sakan. Ianya pendapat yang dipilih oleh al-‘Iraqi sebagaimana dalam Zahr al-Rabbi (1/33). Manakala, al-Hakim pula pandangan beliau berbebza-beza. Dalam ‘Ulum al-Hadith (hlmn 111) beliau berkata: "Qatadah tidak mendengar daripada mana-mana sahabat selain Anas".
Kemudian, dalam al-Mustadrak pula al-Hakim berkata setelah mengeluarkan hadith ini: "Kemungkinan orang-orang yang keliru mengatakan bahawa Qatadah tidak menyebutkan beliau mendengar daripada Abd Allah bin Sarjis, ianya tidak pelik kerana Qatadah telah mendengar hadith daripada sekumpulan sahabat yang tidak didengari oleh ‘Asim bin Sulayman al-Ahwal daripada mereka. Muslim telah menjadikan hadith ‘Asim daripada Abd Allah sebagai hujjah, beliau termasuk penduduk Basrah".
Saya berkata: Zahirnya adalah Qatadah pernah mendengar hadith daripada Ibn Sarjis secara keseluruhan, kerana mereka hidup sezaman sebagaimana yang boleh difahami melalui melalui kalam Abu Hatim tadi. Namun Qatadah seorang perawi yang melakukan Tadlis sebagaimana disebutkan oleh bukan seorang ulama hingga Ibn Jarir sendiri di beberapa tempat dalam Tahzib al-Athar mengatakan bahawa Qatadah masyhur melakukan tadlis di sisi mereka dan telah diputuskan dalam Usul Hadith bahawa perawi yang melakukan tadlis apabila meriwayat secara ‘an’nah daripada gurunya yang tidak diragukan lagi oleh sesiapapun bahawa beliau ada meriwayatkan daripada guru tersebut, maka ianya tidak boleh diterima daripadanya kerana berlaku kemungkinan beliau melakukan tadlis daripada guru tersebut. Lalu bagaimana pula jika gurunya yang ada khilaf tentang beliau mendengar hadith daripadanya?

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs